ONEXOX
BannerFans.com

8 kali dipecah masuk

on Friday, January 3, 2014

Port Dickson: “Sejak 15 tahun menetap di sini, sudah lapan kali rumah saya dipecah masuk dan terbaru Selasa lalu,” kata Nor’aini Zainal Abidin, 45, penduduk Kampung Sri Parit, Lukut, di sini, yang kerugian RM3,000 apabila rumahnya dimasuki seorang perompak pada 31 Disember lalu.

Menceritakan insiden itu, Nor’aini berkata, sebelum kejadian, dia bersama dua anak berusia 14 dan 18 tahun makan malam di sebuah kedai di Lukut kira-kira jam 8 malam sebelum pulang ke rumah jam 10 malam.



Katanya, sebaik tiba di rumah, dia ternampak seorang lelaki bergegas lari menerusi tingkap bahagian dapur menyebabkannya ketakutan dan menghubungi polis. “Saya tidak berani bertindak kerana penceroboh itu pantas melarikan diri dan 20 minit kemudian polis tiba dan saya masuk ke dalam rumah.





“Saya terkejut apabila mendapati keadaan rumah berselerak dan almari digeledah,” katanya.

Nor’aini berkata, pemeriksaan mendapati penceroboh memasuki rumah dengan mengumpil pintu dapur dan melarikan diri menerusi tingkap.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved