Penduduk mengatakan kemiskinan punca tabiat kanak-kanak ini
Kejadian itu sebenarnya berlaku di sebuah daerah di utara Bangladesh dikenali sebagai Gaibandha. Budak lelaki yang bernama Shakil Ahmed yang kini berumur 8 tahun berasal dari sebuah keluarga miskin.
Menurut penduduk di kawasan itu, tabiat menyusu pada anjing betina telah menjadi kebiasaan Shakil. Semuanya berlaku kerana budak lelaki itu sering kelaparan apabila ibunya meninggalkan dia untuk bekerja sebagai pembantu rumah.
Tabiat Shakil bermula dengan meminum susu anjing peliharaannya sendiri. Walaupun tabiatnya ditegur ibu bapa dan jiran tetangga, Shakil tetap mengabaikannya.
"Saya rasa tidak teragak-agak." kata Shakil kepada wartawan Akhbar Dhaka Tribune yang menemuinya.
Walaupun kini anjing peliharaanya telah mati, dia tidak dapat menghentikan perbuatannya itu. Shakil turut mengatakan dia akan mengulangi tabiat itu sebaik melihat mana-mana ibu anjing d jalanan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment