Bagaimanapun, suspek yang berusia 27 tahun itu ditahan polis dalam tempoh 24 jam di sebuah rumah di Taman Desa Bernam Indah, Hutan Melintang, Perak kira-kira jam 3 pagi, semalam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, ketika ditahan, polis turut menemui satu plastik lutsinar mengandungi dadah dipercayai ganja seberat 2.15 gram daripada bekas teman lelaki mangsa yang juga dipercayai penagih dadah.
Menurutnya, lelaki terbabit difahamkan cuba melarikan diri ke tempat tinggal asalnya selepas membakar mangsa dan suspek berjaya ditahan hasil kerjasama Ketua Balai Polis Hutan Melintang yang mengesan suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau berhubung kes dadah sebelum ini.
“Motif kejadian dipercayai perselisihan faham antara mangsa dengan suspek yang baru dikenali sejak enam bulan lalu.
“Difahamkan, suspek selalu bergaduh dengan mangsa yang juga seorang ibu tunggal dan pada hari kejadian, kami percaya suspek turut meminta duit daripada teman wanitanya itu dan apabila mangsa enggan melayan permintaan lelaki itu, suspek mengambil tindakan membakar mangsa,” katanya pada sidang media, semalam.
Beliau berkata, mangsa, Saliza Saidin, 29, yang melecur teruk di seluruh anggota badan, masih dalam keadaan kritikal manakala anak bongsu Saliza, Nur Airis Qalisha berusia satu tahun empat bulan melecur di beberapa bahagian badan masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Ibu Saliza, Som Dollah, 62, pula dirawat sebagai pesakit luar.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment