ONEXOX
BannerFans.com

Santai: Cerita pendek yang penuh makna

on Wednesday, January 22, 2014

Apabila membaca sesuatu artikel atau berita, jangan sekadar baca untuk suka-suka. Jangan hanya baca sepintas lalu. Ia amat merugikan. Kerana dalam setiap artikel sebenarnya ada banyak mesej dan pengajaran.

Daripada apa yang kita baca, pasti ada sesuatu yang boleh kita jadikan pedoman atau setidak-tidaknya peringatan diri.

Kali ni saya nak kongsi 2 cerita pendek yang penuh makna bagi mereka yang mahu berfikir dan merenung.

Cerita 1: Tangga

Seorang cikgu telah buat kuiz kepada murid kelasnya.

Cikgu:  Dalam banyak-tangga tangga, tangga apakah yang paling susah nak naik?

Setelah berfikir beberapa ketika... murid pun menjawab.

Murid: Hmmm... Tangga Batu Caves, cikgu...

Cikgu: Salah! Tangga Batu Caves walau ada beratus tangga, tapi berduyun-duyun orang naik.

Murid: Habis tu... tangga ape cikgu ?(Muka terkejut)

Cikgu: Tangga yang paling payah untuk dinaiki... tak lain dan tak bukan... TANGGA MASJID! Walaupun mungkin cuma ada 2~3 anak tangga, ia susah nak naik.

Buktinya, cuba perhatikan jumlah orang yang berjaya naik tangga masjid setiap hari...

Murid:  (semua muka terkedu)



Cerita 2: Azan

Di sebuah kampung di hujung kota...

Kira-kira pada pukul 12 tengah malam, ada seorang pemuda di surau kampung tersebut telah melaungkan azan dengan lantangnya (guna mikrofon surau).

Belum pun sempat si pemuda itu habis melaungkan azan, kelihatan begitu ramai penduduk kampung datang berkumpul di halaman surau.

Setelah selesai azan, si pemuda sangat terpegun dengan kehadiran begitu ramai penduduk kampung.

Ketika itu, beberapa orang penduduk pun bersuara ;

 “Hoiiii budakk... ko ni gila ker ape?! Apesal buat kerja gila, azan tengah-tengah malam buta ni? Buat tebiat ker...?”

Mendengar cemuhan penduduk... si pemuda dengan muka yang selamba dekk pun berkata ;

“Tuan-tuan... saya kah yang GILA atau KAMU YANG GILA?”





“Masa saya azan pada waktu yang betul, tiada siapa pun yang datang. Tapi bila saya azan bukan pada waktunya, mengapa tuan-tuan semua datang?!!”

“Siapa yang LEBIH GILA? Saya atau tuan-tuan???”

Semua penduduk diam ternganga seribu bahasa...

Hanya cengkerik riuh rendah bising mentertawa akan penduduk yang ‘terkena’ penangan ‘orang gila’...

Haaa, apa macam? Dapatkah anda faham mesej atau pengajaran daripada cerita ini?

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved