ONEXOX
BannerFans.com

Flat Jalan Lobak, sudah 68 orang bunuh diri disini

on Friday, January 24, 2014

SEREMBAN - Cubaan seorang wanita berusia lingkungan 50an untuk membunuh diri di Rumah Pangsa Tun Dr Ismail, dekat sini semalam menemui kegagalan apabila bumbung zink menjadi penyelamat.

Dalam kejadian berlaku kira-kira jam 3.15 petang itu, suri rumah berasal dari Kampung Baru Mambau itu sekadar patah kaki kanan dan mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian badan terutamanya kepala selepas nekad terjun dari tingkat 12.

Pengerusi Gabungan Persatuan Penduduk Kawasan Lobak, Titan Ho berkata, penduduk tidak sempat menghalang wanita terbabit kerana kejadian berlaku terlalu pantas.



“Menurut penduduk sekitar, wanita berkenaan datang ke sini semata-mata untuk membunuh diri akibat masalah peribadi. Dia berjaya melepasi gril keselamatan pada lif dan tangga selepas menyusup masuk bersama penduduk lain tanpa disedari.

“Bagaimanapun, dia terselamat selepas tersangkut pada bumbung zink yang berada di aras paling bawah bangunan tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita, dekat sini, semalam.





Menurutnya, beliau bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan oleh penduduk dan segera menghubungi ambulans yang tiba kira-kira lima belas minit kemudian.

“Kejadian sebegini amat kita kesalkan. Sejak bangunan ini dibina pada 1964, sudah 68 kes bunuh diri berlaku membabitkan 65 Cina, 2 India dan seorang Melayu.

“Sudah tiga tahun tiada kejadian bunuh diri kawasan ini sejak gril keselamatan dipasang pada awal 2012 bagi menghalang orang tidak dikenali memasuki bangunan tersebut, kecuali penduduk menggunakan kad khas,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Perhidmatan teksi sekitar seremban 24 jam said...

Itu jo tompek yang tinggi kek somban yang sesuai buek aktiviti bunuh diri..tompek lain rondah2..cino anggap mati kek situ ado ong agk eh..tu pasal ramai cino pilih lokasi tu..


January 25, 2014 at 9:27 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved