ONEXOX
BannerFans.com

Gambar Anggota PDRM Dipercayai Mabuk Tersebar Di Whatsap!

on Sunday, January 12, 2014

Ketika neh terdapat beberapa keping gambar2 yang merujuk kepada dua orang anggota polis yang dikatakan mabuk teruk tersebar di Whatsapp.



Anggota polis ini dijumpai oleh beberapa orang awam yang tidak sedarkan diri. Berikut antara kandungan keterangan yang turut tersebar bersama2 dengan gambar tersebut ;

1. Anggota polis yang terlibat ialah dua orang.

2. Dijumpai oleh orang awam dalam keadaan mabuk teruk.Memegang tin arak berjenama Heinekin. Betul ke ejaan aku neh? Pandai2 la betulkan kalau salah oke.

3. Ketika dijumpai, pintu kereta terbuka.

4. Ada senjata ditempat duduk belakang.

5. Pintu kereta tidak berkunci.

Jika rata2 mempersoalkan senjata yang mungkin hilang disebabkan keadaan anggota yang mabuk, aku kat sini nak tambah beberapa perkara yang perlu difikirkan bersama.

Bayangkan. Tengah mabuk2. Tiba2 ada penjenayah. Tak ke polis tersebut jadi mangsa tak pasal2? Yang dirisaukan juga. Jika hilang kewarasan silap2 kita boleh berkelakuan yang pelik2 juga. Bahaya pada anggota,  bahaya pada keselamatan orang awam juga. Lagipun tak manis polis diperlihatkan mabuk2 dalam uniform kerja.





Apa pun di pihak rakyat aku lebih suka jika kita dengar dulu maklum balas dari polis. Tak betul juga kita buat tohmahan melulu berdasarkan gambar2 yang tak pasti keaslian nya. Lebih baik beri ruang kepada PDRM untuk berikan kenyataan sebelum menuduh2. Minta PDRM sahkan penyebaran2 gambar tersebut yang kini hangat tersebar menerusi Whatsapp.

Andaikata benar.

Aku rasa ada baiknya juga jika anggota polis yang mabuk2 itu diberikan khidmat kaunseling. Mungkin ada masalah yang kita tatau. Jadi jangan hukum melulu. Dalam pada itu anggota perlu difahamkan bahawa setiap kecuaian mereka berisiko mengundang padah. Silap sikit mahu hilang senjata kat belakang kereta tue. Fikirkanla yer.

Gambar2 berkaitan. Tang muka aku sensor walaupun memang ramai yang dah tengok di wassap. Di pihak aku, aku lebih selesa sensor. Harap maklum!







Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved