ONEXOX
BannerFans.com

Inilah guru yang arahkan murid makan rumput

on Saturday, January 25, 2014


Kalau sebelum ini kita lihat laporan polis terhadap seorang guru yang secara melampau denda anak muridnya menjadi 'lembu', kali ini kita lihat wajah guru terlampau tersebut. Dia dikenali sebagai Chen Yan Yan, guru bahasa Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Sungkai Perak.

Ketika kejadian Khamis lalu, dia mendenda dua murid tahun empat demgan menggantungkan loceng di leher dan dipaksa makan rumput seperti lembu hanya kerana kedua-dua murid berkenaan tidak menyiapkan kerja sekolah.

Ibu yang terkejut dengan kejadian tersebut, Yarnis Kasuma Dewi Zainal Abidin, 32, membuat  laporan polis di Balai Polis Sungkai berhubung tindakan melampau guru tersebut.



Yarnis Kasuma Dewi berkata anaknya kini trauma dengan kejadian itu berikutan dikutuk dengan panggilan 'lembu' oleh rakan sekelas dan sekolah.

"Ketika buat laporan polis, guru bahasa Inggeris terbabit bersama guru besar turut hadir dan mereka mengaku melngenakan hukuman denda tidak masuk akal berkenaan dan kemudiannya meminta maaf.

"Lebih memeranjatkan kami, guru sekolah juga mengaku hukuman menggantung loceng di leher sudah beberapa kali dikenakan terhadap beberapa murid sekolah berkenaan sebagai denda jika tidak membuat kerja sekolah," katanya dalam sidang media sebelum ini.

Tindakan melampau guru berkenaan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja dengan hanya meminta maaf. Tindakan wajar perlu dikenakan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 14 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Mungkin dia patut rasa makan rumput campur tanah dan sedikit darah


January 25, 2014 at 6:57 PM
Anonymous said...

Kutuk lah mcm mana pun...buat lahlaporan apa pun

Apa yg kerajaan dan PPD lembik boleh buat?

Lepas mintak maap settle. Hari tu guru bertudung kena, lepas tu penyanyi bertudung , ni anak muridplak

Nak tunggu anak ppd sendiri kena makan rumput baru nak ambik tindakan agaknya.


January 26, 2014 at 3:43 AM
Anonymous said...

sekolah lain pun ada hukuman yg mendera emosi dan psikologi anak2. Digantung kat leher "saya lewat hari ini" seharian di sekolah. Malu anak tak keluar rehat.
Cikgu masuk kelas lewat, gantunglah notis yg sama kat leher sepanjang di sekolah. Apa perasaan cikgu?


January 26, 2014 at 6:02 AM
Anonymous said...

Ini bole mendatangkan marah..apa jalan penyelesaian yang dilakukan..setakat mintak maaf x cukup baik..apa tindakan yang sepatutnya di ambil oleh PPD/JPN/Kementerian Pelajaran Malaysia??


January 26, 2014 at 8:50 AM
Anonymous said...

anak murid wt salah di denda mcm2 kannnn...kalau cikgu wt salah nape hanya mnta maaf je?ingt murid2 xde maruah ke?patut cikgu pn di denda agr pikir dulu sebelum mndenda murid..guna la akal dlm kpala hotak tu !!nama je cikgu!!otak kt lutut !!!!!!!! jgn ingt bila dh jd cikgu tu cerdik sgt !!


January 26, 2014 at 10:39 AM
Anonymous said...

byk cikgu yg dh rasa besar sgt konon pndidik..tp ajr pn kadang2 tah hape2..


January 26, 2014 at 10:42 AM
Anonymous said...

alamaak. mcm la dulu2 xpernah kne denda. bukan nk backup cikgu tu tp anggap la sbgai pengajran. anak kau malas buat kerja sekolah. kau as parents buat apa kat uma? xkan xcheck kerja skolah anak. bagi aku tu nk mengajar supaya nxt time bile kerja xsiap dorg igt owhh nnt jadi kene jadi lembu xnk la. malu. same gak yg yg komen ckp kne gantung kat leher tu. bile budak tu dpt gred rendah ko salah kan cikgu tu gak. same je.


January 26, 2014 at 4:29 PM
Anonymous said...

Sbb nila setitik rosak susu sebelanga... n org2 kt luar sana tolong la jgn menilai pendidik sburuk tu hanya kerana sorang ni.. brpe rmai lg guru2 yg bjaya melahirkan graduan bjaya.. bkn smua guru2 xelok... ibarat standan pisang, pasti ade sbijik yg xelok.. n ibu bapa pn tlg la alert skit dgn beg2 buku2 skolah anak.. smua yg guru buat bsebab.. smua yg marah bsebab..kita sendiri pon xakan marah kalau xade ýg mnaikkn kemarahan.. kalau kita mntk anak2 buat ssuatu tp dorg xbuat, kte pon tse marah.. ibu bapa yg lepas tgn n serah bulat2 tggjwb mdidik pd guru..xsalah pon kalau sme2 brusahah mndidik anak2 anda... ni hantar ke skolah dgn hrpn cikgu ajar smpai pndai n xsusahkn mak bapak... nk tgk ape dlm beg skolah anak pon susah...


January 26, 2014 at 6:20 PM
Anonymous said...

klau ko jd ckgu..korg pn akn denda pelajar..xkan nk biar je kn..cma cara mndenda tu je lain2..silap2korg dnda lg teruk dpd ckgu tu..jd ckgu bru taulh..


January 26, 2014 at 7:55 PM
Anonymous said...

Tindakan guru berkenaan memng tidak sepatutnya... nmun saya rsa guru pon x kan mendenda murid yg x buat salah apa2..murid x siapkn homewrk sebab parents x memantau di rumah.. suma hrap cgu saja... bila kena cmni parents melenting pulak.. sedangkan parents bekerjaya tinggi pon asalnya cgu jugak yg mengajar... x perlu memaki hamun sebab ayat seumpama itu x menunjukkan kebijaksanaan kita yg kononya bijak pandai dan waras... apa yg berlaku dijadikan iktibar dan teladan... parents yg sesuka hati memaki hamun guru ni terlupa gaknya guru ni yg bgi ilmu kat anak2... mana berkatnya ilmu pd anak2 kita nnti... sama2 renungkan


January 26, 2014 at 11:54 PM
Anonymous said...

Kita kaji dulu knp budk tu xbuat honework, jd guru bukan senang, mgkin dh beberapa kali dh disuruh buat homework tp xbuat, kita sbg parents perlu tgk anak punye homework....cikgu bersebab buat mcm ni.....kalau anak sy biar dia rasa bukan senang nk jd org yg berjaya, itu sebab bangsa cina berjaya......


January 27, 2014 at 5:51 AM
Anonymous said...

sy pn ckgu jugak..dah lama.mcm2 jumpa.senang ja hukum kt dunia ni mcmni.baling bola kuat ke dinding,melantun kuat kepda kita,kuat atau perlhan Kesimpulannya. Tindakan perlu dia.mbil scara bijakla. Ibarat tarik rmbt dlam tepung,tepung tak selerak.ni hbis bselerak...sensitiviti kena amek kira jugak, sbb zaman skrang bukan zaman melawan kuasa dan pangkat lg dah.skrang zaman yg gunakan akal.ramai cerdik pandai. Gunakan cara yang bijaksana untk mendidik skaligus bg kesan kesedaran pd ank murid.


January 29, 2014 at 8:45 PM
Unknown said...

Ginilh senang citer buat cikgu cikgu yg sebijak einstein tu...mcm mana kamu hukum anak kamu dirumah...macam tulah kamu hukum murid di sekolah....sanggup kamu suruh anak kamu makan rumput???? Atau cikgu lain suruh anak kamu makan rumput...kamu melenting tak??? Tepuk dada....tanya kepala hotak....


February 15, 2014 at 11:23 PM
Anonymous said...

Aku sokong klu cikgu nk buat denda kat anak murid..tp denda tu jgn la yg boleh timbulkan kontrovesi mcm ni..contoh cabut rumput ke potong rumput ke siram rumput ke..ok la hahaha..


March 7, 2014 at 10:40 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved