ONEXOX
BannerFans.com

Isu Tudung: Pengetua, Pengurusan Sekolah Mohon Maaf

on Friday, January 17, 2014

JOHOR BAHRU: Pengetua dan lembaga pengurusan sekolah yang mengarahkan seorang gurunya supaya membuka tudung telah membuat permohonan maaf.

Guru berkenaan, yang merupakan seorang mualaf berkhidmat di sebuah sekolah Cina di Kota Tinggi, di sini, diberitahu supaya membuka tudung dan mendakwa diancam oleh pengurusan sekolah pada minggu lepas.



Dalam satu mesyuarat khas yang diadakan di Dewan Terbuka Kampung Johor Lama pada Jumaat, pengetua sekolah dan lembaga pengurusan sekolah telah memohon maaf dan menyesal dengan tindakan mereka.





Guru berkenaan menerima permohonan maaf itu dan berkata tidak mahu mengheret isu ini lagi dan hanya mahu menumpukan perhatian kepada tugas beliau.

Dilaporkan bahawa guru itu telah dipindahkan sementara waktu ke sebuah sekolah di daerah Kota Tinggi sementara Jabatan Pendidikan Johor menyiasat kes itu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved