ONEXOX
BannerFans.com

Pukul anak tak solat, pasangan dikenal pasti

on Friday, January 17, 2014

SHAH ALAM – Pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden atas dakwaan memukul anak lelaki mereka kerana tidak menunaikan solat telah dikenal pasti iaitu Azizul Raheem Awalludin, kakitangan Tourism Malaysia di Stockholm dan isterinya Shalwati Nurshal, seorang guru sekolah menengah.

Identiti mereka diperoleh hasil siasatan Astro Awani yang turut mendapat pengesahan daripada sumber yang enggan dinamakan.

Menurut laporan sebelum ini, nasib pasangan itu di mahkamah Sweden bakal diketahui semalam namun sumber menafikan hal itu.



Kedua-duanya direman di pusat tahanan reman di Stockholm selepas ditahan polis di kediaman mereka pada 14 Disember lalu.

Sementara itu, Isnin lalu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin mengesahkan pasangan warga Malaysia di Stockholm ditahan kerana dikatakan menghukum anak.





Pihak Wisma Putra akan membantu sepenuhnya termasuk menyediakan bantuan guaman dan aspek pengurusan kes.

Menurut sumber, kesemua anak-anak dilaporkan berada di bawah penjagaan keluarga angkat di sana.

Penahanan itu disebabkan undang-undang ketat Sweden yang melarang anak dihukum melalui fizikal walaupun tanpa melibatkan kecederaan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved