ONEXOX
BannerFans.com

Kawasan zon sifar sampah ditetapkan

on Sunday, January 26, 2014

SEREMBAN - Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majis Perbandaran Nilai (MPN) masing-masing menetapkan pusat bandar Seremban dan kawasan komersial 'Putra Point Nilai' sebagai zon sifar sampah berkuatkuasa Sabtu lepas.
 
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Jalaluddin Alias berkata menerusi program zon sifar sampah yang melibatkan MPS, MPN dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA), pihak berkuasa boleh mengambil tindakan ke atas orang awam yang didapati membuang sampah dan boleh dikompaun sehingga RM250.


 
"Kita perlu mengambil tindakan tegas ke atas individu dan peniaga yang membuang sampah merata-rata sebagai langkah memastikan kawasan berkenaan bersih," katanya di sini hari ini.




 
Beliau berkata PPSPPA akan menjalankan kerja pembersihan mengikut jadual di samping menjalankan pemantauan terhadap kerja-kerja yang dijalankan oleh syarikat konsortium, manakala MPS dan MPN menjalankan pemantauan terhadap penyeliaan PPSPPA.
 
Jalaluddin berharap program zon sifar sampah ini akan dapat menjadi pemangkin untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di kawasan MPS dan MPN dan seterusnya di seluruh Negeri Sembilan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved