Beliau hadir dengan beberapa kerat penyokongnya... muka pucat lesi... berbeza dengan DSAI yang tersenyum dan tenang.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 21hb Mac 2013 telah memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papa Gomo berhubung penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar 'intim' yang mengaitkan dirinya dengan seorang lelaki.
Writ saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan pemilik dan pengendali blog tersebut yang dikenali sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai defendan.
Menurut peguam R. Surendran, tindakan saman itu diambil selepas tamat notis 48 jam yang diberikan kepada Papa Gomo, tidak dibalas.
Menurut Surendran, Anwar mengambil tindakan saman ke atas defendan kerana menyiarkan perkataan dan gambar di laman blognya bahawa terdapat video seks Anwar dengan lelaki gay.
"Defendan dengan lantang dan jahat mendakwa lelaki dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim. Ini adalah penipuan yang amat besar dan serius dan fitnah jahat oleh blogger Umno,"
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment