ONEXOX
BannerFans.com

Kenapa Kangkung Jadi Trending Di Facebook Dan Twitter

on Monday, January 13, 2014

Ramai tertanya kenapa sayur kangkung telah jadi trending di laman sosial facebook dan twitter. Tinjauan pihak kami dilaman sosial menunjukkan ramai pengguna telah memuat naik status dengan tagline “Kangkung”. Ada juga yang memuat naik menu harian dengan sayur kangkung sebagai hidangan utama. Untuk pengetahuan anda, isu kangkung menjadi trend hangat dilaman sosial berikutan Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan harga sayur kangkung kini sudah turun ketika berucap di Kemaman Terengganu. Selain itu, Najib juga melahirkan rasa terkilan kerana rakyat tidak bersyukur dengan penurun harga kangkung tersebut namun sentiasa menyalahkan kerajaan. Pada masa ini, rakyat mungkin berharap agar barang keperluan asas lain turun harga dan bukannya sayur kangkung. Untuk info, kangkung merupakan sayur yang tumbuh meliar dan mudah didapati di Malaysia khususnya.



Penjelasan Kenapa Kangkung Jadi Trending Di Facebook Dan Twitter

Pengguna laman sosial mencemuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan kenyataannya dalam satu majlis mengenai harga kangkung yang turun di pasaran tetapi rakyat tidak berterima kasih. Ucapan PM Najib dalam sebuah video yang dimuat naik pada 12 Januari 2014 mempersoalkan mengapa kerajaan dipersalahkan tatkala harga barang naik tetapi ketika harga turun tidak pula dipuji.





“Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik. Ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil,” kata Najib yang dipetik berkata dalam video tersebut.

Video Ucapan Isu Kangkung Jadi Trending Di Laman Sosial






Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved