ONEXOX
BannerFans.com

Kerana surat raja Nusantara, PTPTN terpaksa buat kenyataan

on Tuesday, January 7, 2014

Pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terpaksa membuat kenyataan penafian pemansuhan pinjaman PTPTN. Ini kerana surat pemansuhan tersebut oleh Raja Nusantara yang mabuk ketum sebelum ini [di sini] tersebar.



"Mabuk ketum" kerana raja mentel ini selalu meminati dengan perkataan ketum di FBnya. Bukan alang-alang juga peminat raja mentel ini sehingga melebihi 56 000, lihat di sini. Yelah ramai yang nak mengetahui tentang mabuk terkini darinya. Kadang-kadang seronok juga.





Berikut adalah kenyataan daripada pihak PTPTN.

IPOH 7 Jan. - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menafikan pihaknya pernah mengeluarkan kenyataan mengenai pemansuhan pinjaman kewangan melalui sepucuk surat yang kemudiannya dimuat naik oleh pihak tidak bertanggungjawab di laman sosial baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sehingga kini setiap dasar, polisi serta keputusan berkaitan PTPTN tidak pernah dilakukan menerusi medium sosial atau pun melalui mana-mana saluran yang tidak rasmi.

``Kita tidak buat kenyataan sama ada di laman sosial atau mana-mana saluran tidak rasmi berkaitan apa yang kita buat.

``Untuk itu, saya telah meminta pegawai yang bertanggungjawab membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi mengetahui lebih lanjut pihak yang menamakan diri mereka sebagai Kerajaan Empayar Langkasuka Nusantara (KELN) yang telah memainkan isu itu,'' katanya dalam sidang akhbar Pesta Makanan Tradisional Lenggong di sini hari ini. - UTUSAN ONLLINE

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved