ONEXOX
BannerFans.com

Khairy buat pusingan U, bodek sokong kenaikan harga barang, kata PAS

on Thursday, January 16, 2014

Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (gambar) semalam yang menyebut kenaikan harga sayur-sayuran, ikan dan buah-buahan disebabkan cuaca buruk adalah satu kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan sebelumnya, kata PAS.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata Khairy sebelum ini melahirkan rasa kebimbangan terhadap kenaikan harga barang tetapi semalam membuat pusingan U menyokong tindakan kerajaan menaikkan harga barang.

“Kenyataan Khairy semalam tentang kenaikan kos barang seperti sayur-sayuran, ikan dan buah-buahan kerana cuaca buruk adalah sangat mengecewakan. Sekali lagi Khairy yang pada awalnya menunjukkan kerunsingan tentang kenaikan harga barang, berpatah balik menyokong tindakan orang atasannya.



“Khairy menjadi ingatan umum sememangnya pantas dan licik membodek majikan mengikut rekodnya. Beliau wajar diingatkan Ekonomi 101 bahawa inflasi disebabkan cuaca ialah sementara dan akan berkekalan selagi punca pencetusnya tidak ditangani,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bernama semalam melaporkan Khairy berkata faktor permintaan, bekalan, cuaca dan musim perayaan menjadi antara punca utama mempengaruhi kenaikan atau penurunan sesuatu barangan di pasar.

Katanya, kenaikan harga petrol hanya memberi kesan kecil kepada barangan di pasar borong serta menolak tanggapan bahawa penurunan subsidi harga petrol menjadi faktor utama kenaikan harga barang.

Dzulkefly berkata beberapa pakar ekonomi telah mengingatkan Putrajaya supaya tidak melakukan tarikan subsidi serentak ditambah dengan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada tahun hadapan yang akan menyaksikan peningkatan inflasi.

Katanya, beberapa bank saudagar meramalkan inflasi paling buruk setinggi 3-3.5% setahun pada 2014 dan 4% pada 2015 bahkan lebih tinggi selepas pelaksanaan GST.

“Inflasi iaitu kenaikan kerana kos berbeza dengan kenaikan kerana permintaan disebabkan cuaca buruk. Inflasi disebabkan cuaca ialah sementara. Khairy perlu tahu.

“Maka inflasi ialah hasil cetusan Putrajaya dan kalau akhirnya memuncak sebagai kemelut maka ia adalah krisis ciptaan Putrajaya,” katanya.

Khairy pada minggu lalu menyokong kenyataan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Putrajaya terlebih dahulu perlu berjimat selepas memotong subsidi, susulan kenaikan harga barang dan tarif elekrik.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, teguran yang dilontarkan Dr Mahathir perlu diambil kira memandangkan beliau mempunyai pengalaman luas sebagai bekas perdana menteri.

"Isu dia tegur kenaikan harga, desak kerajaan kena berjimat. Saya faham hinggakan kerajaan terpaksa naikkan tarif (elektrik). Kita kena tunjukkan terlebih dahulu penjimatan dalam kerajaan," katanya.





Dr Mahathir dalam satu artikel di blognya meluahkan rasa tidak bersetuju dengan keputusan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga barang keperluan dalam meningkatkan pendapatan negara.

Beliau berkata kerajaan sewajarnya mengurangkan kos dan menggunakan konsep “cost down” bagi mengurangkan pembaziran.

"Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan. Adalah lebih baik mengurangkan kos, mengekal atau mengurangkan harga. Perkara sama boleh dilakukan kerajaan," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved