ONEXOX
BannerFans.com

Tak dapat tukar sekolah, Pemuda UMNO tumbuk Timbalan Menteri Pelajaran

on Sunday, January 12, 2014

P.Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan II, telah diserang oleh seorang lelaki ketika menghadiri sebuah program di Pusat Khidmat di Hulu Selangor sebelum ini.

Menurut saksi, kejadian dipercayai berlaku 2 petang ketika Ahli Parlimen Hulu Selangor itu tiba di Pusat Khidmat Parlimen beliau untuk berjumpa dengan sekumpulan anggota Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor yang mengadakan mesyuarat bahagian.



Penyerang yang dikatakan berjawatan penting dalam Pemuda Bahagian Hulu Selangor dipercayai telah menumbuk muka Kamalanathan ketika sedang berjabat tangan dengan sebilangan anggota pergerakan itu sejurus tiba di pusat khidmat sebelum program bermula.

Ia berkaitan isu permohonan pertukaran tempat kerja dari Johor ke Hulu Selangor melibatkan salah seorang saudara dalam keluarganya yang dipercayai bekerja sebagai guru di Johor.

Program yang sepatutnya berlangsung terpaksa dibatalkan dan Kamalanathan telah membuat laporan mengenai kejadian berkenaan di Balai Polis Bukit Sentosa, Rawang.

Suspek yang menyerang Kamalanathan dikatakan telah ditahan polis

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved