Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, tandas berkenaan yang berada di bahagian unit rawatan kecemasan hanya boleh digunakan oleh kakitangan hospital saja malah orang awam tidak dibenarkan sama sekali memasukinya bagi mengelak kesesakan atau mengganggu privasi doktor atau jururawat yang bertugas.
Katanya, perbuatan meletakkan kamera di bawah sinki dan berbentuk penyangkut baju disedari apabila seorang kakitangan wanita hospital ternampak cahaya merah seolah-olah sedang merakam gambar.
“Kita tidak menolak ada pembabitan daripada orang dalam berikutan tandas itu hanya boleh digunakan oleh kakitangan wanita saja manakala orang awam tidak dibenarkan.
“Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak kami akan mengambil tindakan tegas,” katanya, ketika dihubungi di sini, semalam.
Sebelum ini, seorang kakitangan hospital berkenaan menjumpai tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 Sentimeter di tandas kakitangan wanita sekali gus mengundang pelbagai persoalan masyarakat seterusnya menjadi perbualan hangat di laman sosial.
Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau jenayah, MyWatch, menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat naik seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun Facebooknya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 2 comments... read them below or add one }
So lepas ni kena perhatikan tandas awam untuk kamera ni. mungkin diaorang kan ubah strategi bentuk lain pula. Lepasni nak ke tandas awam pikir banyak kali... balik rumah la kalau nak selamat
http://infosantai2.blogspot.com
February 1, 2014 at 9:20 PM
gilo la
February 2, 2014 at 8:08 PM
Post a Comment