Ia terdedah selepas rakaman CCTV di premis berkenaan diperiksa untuk mencari maklumat mengenai beberapa kejadian curi di situ.
Rakaman CCTV itu menunjukkan seorang lelaki mencuri beberapa pasang pakaian.
Satu ketika lelaki terbabit dilihat menegakkan sebuah patung di dinding sebelum mencium ‘payudara’ dan melakukan aksi lucah.
Lelaki itu menutup muka menggunakan kemeja-T, kemudian memakai semula seluarnya sebelum beredar.
Rakaman itu dimuat naik ke YouTube dan sudah dilihat beribu kali sehingga semalam.
Suspek akhirnya ditahan pihak berkuasa dan mereka mengenal pasti lelaki terbabit apabila dia kembali ke situ.
Pihak polis percaya suspek mencuri baju berkenaan untuk dijual bagi mendapatkan dadah.
Pengurus pusat beli-belah berkenaan Ricardo Carvalho menganggap kejadian itu “terlalu pelik.”
“Bayangkan jika dia memecah masuk rumah orang, tidak mustahil dia melakukan perkara seperti itu terhadap seseorang,” katanya dalam satu kenyataan.
Suspek pula mendakwa dia memasuki pusat beli-belah itu kerana “tiada kerja lain” dan enggan mengulas perbuatan lucahnya itu, lapor Agensi.
Pssst...Lihat gaya polis atas kejayaan mereka menangkap si pencabul patung!
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment