“Pihak kami harus menjaga sensiviti dan mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh stesen televisyen dan kementerian Dalam Negeri (KDN). Saya kena olah semula beberapa dialog yang tidak sesuai untuk tontonan umum dan kami tak boleh buat sampai babak atas katil tetapi kami visualkan dari segi kata-kata pandangan dan senyuman.
“Lagipun slot ini disiarkan selepas waktu maghrib, jadi kita faham dengan waktu itu adalah waktu yang sangat sensitif”, katanya ketika ditemui pada sidang media drama arahannya itu yang berlangsung di Sri Pentas baru-baru ini.
‘Aku Isterinya’ diadaptasi dari novel terlaris nukilan Acik Lana. Drama tersebut menampilkan gandingan utama, Izzue Islam dan Anzalna Nasir.
Dalam pada itu Fairuz juga berkata beliau tidak gembira kerana terpaksa menukar judul drama arahannya itu kerana tajuk asal novel, ‘Aku Bukan Mistress’ tidak mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Pada saya, tajuk sesebuah karya itu sangat penting. Apatahlagi jika drama itu diadaptasi daripada novel popular. Sebelum ini drama-drama di slot Akasia menggunakan judul asal novel yang diadaptasi.
“Tetapi bila giliran saya, pihak KDN tidak meluluskan atas alasan tidak boleh mencampur-adukkan bahasa. Saya agak tidak gembira dengan keputusan itu kerana tak dinafi sedikit sebanyak boleh menjejaskan drama ini. Tapi saya akur”, katanya.
‘Aku Isterinya’ mengisahkan hidup Mya Arlissa mula malap selepas dirogol ole suami makciknya dan dituduh sebagai penggoda seterusnya menjadi bahan cemuhan orang kampung. Dia telah diselamatkan oleh Mikail semasa melarikan diri ke Kuala Lumpur. Namun dia terus terperangkap dalam ‘sangkar emas’ yang dibina oleh Mikail yang tidak pernah menjanjikan apa-apa.
Drama 28 episod terbitan Global Station ini turut dijayakan oleh Syazwan Zulkifly, Shakilla Khoriri, Marissa Yasmin, Niniswara, Mardiana Alwi, Syatila Melvin dan Zaidi Omar.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
x paham la...tajuk drama sebelum ni 'Playboy itu suamiku' bukan campur aduk gak ke bahasanye..musykil sekejap..
March 27, 2014 at 5:19 AM
Post a Comment