ONEXOX
BannerFans.com

Baca 30 juzuk

on Thursday, March 13, 2014

Pasir Puteh: Penasihat Majlis Agama Johor Datuk Noh Gadut bersama 16 rombongan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) membaca 30 juzuk al-Quran ketika menaiki bot penyelamat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dari Pangkalan APMM Tok Bali dalam perjalanan selama satu jam sebelum mengadakan solat hajat di Pulau Perhentian, Terengganu, semalam.

Noh berkata, usaha itu bagi memohon pertolongan Allah SWT dalam usaha mencari pesawat MAS penerbangan MH370 dan turut meminta sesiapa yang berada di Makkah dan Madinah memohon doa di sana.

“Sebagai orang Islam, kita yakin dengan pertolongan Allah apatah lagi kita sebagai golongan musafir yang datang dari jauh untuk memohon doa kepada-Nya.

“Saya juga mengharapkan umat Islam di seluruh negara ini mengambil peluang untuk berdoa kerana ia sangat mustajab terutama di Makkah dan Madinah,” katanya kepada pemberita yang turut menaiki bot penyelamat berkenaan.







Menurut Noh, pelbagai usaha dilakukan kerajaan termasuk mengguna kepakaran sains dan teknologi serta bantuan pakar luar negara, namun sehingga kini masih belum mendatangkan hasil.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved