ONEXOX
BannerFans.com

Ritual Di KLIA Cemarkan Islam & M'sia Di Mata Dunia - Ustaz Don

on Thursday, March 13, 2014

PETALING JAYA: Menggunakan kaedah bomoh sebagai salah satu ikhtiar mencari pesawat MH370 yang masih hilang bukan sahaja bercanggah dengan agama Islam tetapi turut mengundang persepsi negatif dunia terhadap negara dan kesucian agama.

Penceramah agama terkenal, Don Daniyal Don Biyajid berkata, dalam zaman teknologi moden dan serba pantas, setiap perkara akan tersebar secara meluas dan setiap tindakan yang diambil akan menjadi perhatian umum.

"Bagaimana pandangan orang Arab yang menghormati kita apabila melihat negara menggunakan bomoh untuk mencari sebuah kapal terbang hilang?

"Bagaimana pula pandangan orang Eropah yang sudah mula suka dengan Islam apabila melihat cara ini digunakan?," katanya ketika dihubungi mStar Online, Khamis.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Don memberitahu, perkara-perkara yang bertentangan dengan agama tidak harus dibiarkan berlaku, apatah lagi kes ini melibatkan penumpang dari pelbagai negara di dunia.

"Kita (Malaysia) tidak hidup berseorangan.

"Kita (penerbangan) bawa nama negara, MH370 melibatkan penerbangan antarabangsa dan membawa penumpang antarabangsa," katanya.





Beliau berkata, walaupun penyelesaian krisis ini menggunakan ilmu dan kepakaran sains serta teknologi teknologi menemui jalan buntu, namun kaedah bomoh tetap perlu ditolak.

Jelasnya, selagi seseorang itu menggelarkan dirinya bomoh atau tukang tilik walaupun bertujuan baik, ia tetap diharamkan dalam Islam.

"Matlamat tidak menghalalkan cara.

"Di Malaysia, selagi seseorang itu dalam golongan ustaz, ulama, doktor, saintis atau ahli forensik, dia bukanlah seseorang yang bergelar bomoh dan seseorang yang menggelarkan bomoh sudah tentu bukan tergolong dalam kumpulan tersebut," tegasnya.





Beliau menegaskan, ikhtiar menggunakan bomoh perlu ditolak walaupun pengamalnya menjadikan potongan ayat atau surah al-Quran sebagai mantera.

"Kalau seseorang itu tiada duit dan dia mengambil ikhtiar mencari duit untuk meneruskan hidup...dia membaca 'Bismillah' ketika membuka pintu untuk mencuri di sebuah rumah dan membaca 'Alhamdulillah' selepas mencuri, tindakannya tetap salah dan hukumnya berdosa," jelasnya, memberi contoh.

Beliau berkata, di sebalik kejadian ini rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam harus terus berdoa kepada Allah dan sentiasa positif bahawa setiap yang berlaku memberi hikmah dan manfaat.

"Dengan apa yang berlaku rakyat Malaysia perlu lebih banyak mendalami ilmu agama kerana kekurangan ilmu dan pegangan agama boleh menyebabkan sesuatu bala atau musibah diturunkan oleh Allah," katanya.

Pada Rabu, upacara ritual dilakukan di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan aksi ‘tikar terbang’ oleh Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP.

Dia bersama dua lelaki lain memakai sut duduk di atas tikar sambil memegang bakul mengkuang dan dua biji kelapa, melakukan ritual untuk berlepas ke ruang angkasa kononnya meninjau lokasi pesawat MH370 yang hilang.

Selepas 30 minit menjalankan upacara itu, dia mendakwa pesawat tersebut ‘tergantung’ di antara tiga negara iaitu Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dikenal pasti dan mengesahkan MH370 dalam keadaan selamat.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan tersebut adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved