Hakim, Datuk Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman tersebut selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal membangkitkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Pasangan suami isteri, Fong Kong Meng, 58, bekas perunding pendawaian dan Teoh Ching Yen,56, suri rumah, didakwa bersama-sama membunuh Isti Komariah, 26, di rumah No 90,Jalan SS 2/6, Sea Park, Petaling Jaya dekat sini, di antara 14 Mei 2010 hingga 5 Jun 2011.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Noor Azian melalui penghakimannya berkata berkata, punca kematian mangsa adalah disebabkan tindakan kedua-dua tertuduh yang tidak membekalkan makanan mencukupi serta tidak memberi rawatan perubatan kepada mangsa.
Mangsa semasa mula bekerja mempunyai berat badan 46 kilogram tetapi ketika meninggal dunia berat badannya hanya 26 kilogram.
“Pembelaan gagal menyangkal hujahan pihak pendakwaan berhubung sebab kematian serta fizikal mangsa dan mahkamah dapati pembelaan kedua-dua tertuduh hanya penafian semata-mata.
“Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh didapati bersalah dan dijatuhi hukumangantung sampai mati,” katanya.
Fong dan Teoh yang mempunyai anak kembar berumur 17 tahun, berdiri di kandang tertuduh kelihatan tenang sejurus mahkamah menjatuhkan hukuman.
Perbicaraan bermula 30 Julai 2012, 16 saksi dipanggil pihak pendakwaan manakala pembelaan mengemukakan enam saksi.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail, Suzana Abdul Latif dan Muhammad Asyraf Md. Kamal mewakili pendakwaan sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Zaleha Al-Hayat dan Thong Seng Kong.
Sebelum ini media melaporkan pembantu rumah yang berasal dari Jawa Timur itu dibawa oleh majikannya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, pada 6 Jun 2011 tetapi disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di hospital itu.
Mangsa bekerja dengan pasangan suami isteri itu sejak Disember 2008, lapor Bernama
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment