ONEXOX
BannerFans.com

Bil elektrik kediaman rasmi RM2.2 juta, pandainya Najib berjimat

on Wednesday, March 19, 2014

KUALA LUMPUR, 18 MAC: Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke Siew Fook sekali lagi mengecam mempertikai kos perbelanjaan elektrik kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Seri Perdana yang masih tinggi iaitu mencecah hampir RM2.2 juta sepanjang 2013.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan bil elektrik kediaman rasmi Najib adalah sebanyak RM2.2 juta dan air RM221,000.

“Memang daripada segi jumlah keseluruhan terdapat pengurangan berbanding tahun lalu. Tapi pengurangan ini terlalu sedikit.



“Jadi ini menunjukkan bahawa Najib tidak benar-benar serius untuk berjimat sedangkan dalam waktu yang sama menyarankan penjawat atau kakitangan awam berjimat. Lagi pun Kompleks Seri Perdana bukannya digunakan sepanjang tahun.

“Najib suruh rakyat berjimat tapi beliau sendiri masih mengamalkan pembaziran,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen bersama Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.





Shahidan dalam jawapan bertulisnya kepada pertanyaan Anthony Loke turut mendedahkan bahawa kerajaan juga membelanjakan sebanyak RM855,000 dan RM112,000 untuk bil elektrik dan air kediaman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks Sri Satria sepanjang 2013.

Anthony Loke yang juga Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan turut mempertikaikan penggunaan Kompleks Seri Perdana untuk bermesyuarat sedangkan Najib sudah memiliki Kompleks Jabatan Perdana Menteri.

“Penggunaan kediaman untuk melakukan mesyuarat adalah tidak wajar, mengapa perlu ada ruang pejabat di dalamnya. Tidakkah ini juga menggalakkan pembaziran?,” soalnya.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Patutnya bil elektrik dan air PM & TPM RM300 jer sebulan..


March 19, 2014 at 1:37 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved