Kedudukan rumah dua tingkat itu agak tersorok di Kampung Sungai, Jalan Makbul, Sungai Pinang dengan keadaan jalan utama untuk masuk ke lorong agak sempit.
imageSebaik tiba di hadapan sebuah rumah berwarna ungu, wartawan SH mendapati rumah berkenaan sunyi tidak berpenghuni.
Terdapat sebuah kereta jenis Proton Wira di garaj rumah berkenaan.
Usaha untuk menemubual jiran di kampung itu tidak berjaya apabila mereka enggan memberi kerjasama.
Tambahan pula mengetahui wartawan datang ke situ untuk bertanya maklumat mengenai keluarga yang tinggal di rumah berkenaan.
Salah seorang penduduk di situ mengakui rumah berkenaan rumah milik ibu bapa Zaharie namun enggan mengulas lanjut.
“Ya, itu rumah Zaharie, tetapi rumah ibu bapanya,” katanya.
Apabila ditanya sama ada rumah berkenaan berpenghuni, wanita itu terus menjawab “tidak tahu”.
Menurut sumber, penduduk di situ enggan memberi kerjasama kerana sebelum ini ramai wartawan dari luar negara datang ke kampung itu untuk mengambil gambar dan menemubual mereka.
“Rumah itu didiami abang Zaharie sebelum ini namun sudah berpindah ke tempat lain sejak setahun lalu,” katanya.Sinar Harian
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment