ONEXOX
BannerFans.com

Hamil Selepas 16 Tahun, Che Ta Tak Peduli Tanggapan Negatif

on Wednesday, March 19, 2014

Baru-baru ini peminat dunia hiburan tanah air menerima perkhabaran gembira apabila aktres jelita Rozita Che Wan (Che Ta), 41, berkongsi mengenai berita kehamilannya melalui laman Instagram. Namun berita itu telah mengundang kata-kata tidak enak oleh segelintir pihak.

Bagi Che Ta seperti biasa dia tidak terlalu ambil pusing soal itu memandangkan baginya tanggungjawabnya kini adalah untuk menghargai anugerah Allah ini.

“Kenapa saya perlu malu untuk mengandung di usia kini? Bukannya terlalu tua. Bukan juga saya mengandung secara yang salah. Saya tidak ambil kisah bagi mereka yang mahu bersikap negatif, itu memang melambangkan keperibadian mereka yang tidak boleh tengok kegembiraan orang lain,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan.



Mengingati kembali momen penting ketika dia mengetahui sudah berbadan dua, menurut Che Ta pada mulanya Zain enggan membenarkan dia meneruskan ujian.

Bagaimanapun selepas beberapa ketika Zain sendiri yang ke farmasi untuk membeli alat pengesan kehamilan.





“Memang Zain ikuti waktu subur saya, jadi dia tahu keadaan saya. Bila sudah lambat datang bulan, saya beritahu dia untuk membuat ujian sendiri. Namun dia terlalu berdebar sampai menolak untuk melakukan ujian tersebut. Dia mungkin tak mahu kecewa.

“Bagaimanapun akhirnya dia sendiri yang membelinya. Sampai kini, pengesan kehamilan itu disimpan Zain dengan rapi yang menggambarkan bagaimana seronoknya dia bila mengetahui saya mengandung,” tuturnya.

Bagi Che Ta, ada perasaan takut untuk dia mengandung selepas 16 tahun berlalu. Hanya mengharapkan yang terbaik, wanita ini sudah mempunyai perancangan dalam memastikan dia benar-benar bersedia dengan kehadiran anugerah paling dinanti mana-mana pasangan suami isteri.

“Saya belum membuat pemeriksaan di hospital. Kalau tidak silap usia kandungan mungkin dalam lima minggu. Paling lambat saya akan buat pemeriksaan adalah pada hujung bulan ini. Kalau ikut perkiraan, mungkin Disember ini saya sudah mengendong bayi saya dan Zain,” katanya lagi.

Laporan juga menyebut Che Tah sudah memilih nama bakal cahaya matanya, kalau perempuan mahu diberikan nama Aisyah dan sekiranya lelaki, mahu diberika nama Muhammad Ali.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved