ONEXOX
BannerFans.com

Hanez Suraya Sedia Dibaling Telur Busuk

on Monday, March 24, 2014

"Saya tahu mengenai hal ini sejak selepas berlangsungnya sidang media mengenai penjelasan isu merampas suami orang tempoh hari. Ada pihak nak serang saya dengan telurlah, kasutlah, macam-macam yang saya dengar. Bagi saya, kalau nak baling, balinglah.

"Tapi kena ingat, pihak Istana Budaya (IB) pun ada kawalan yang ketat. Kalau bercakap, gunalah akal. Jangan main cakap saja. Bukanlah saya minta hal itu berlaku tapi kita kena fikir", itu kata pelakon Hanez Suraya mengulas mengenai khabar ada pihak mahu melontarkan serangan psikologi terhadap dirinya.



Sebelum ini timbul desas-desus sebilangan besar ingin melakukan perkara tersebut sewaktu aktres itu beraksi di pementasan Teater Projek Kahwin yang akan berlangsung pada Jun nanti di Istana Budaya.





Namun begitu kata Hanez, dia tidak akan berdiam diri sebaliknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara tersebut menimpa dirinya.

Walaupun menerima pelbagai dugaan ekoran kontroversi kekasihnya yang dikenali sebagai Mr. R (Romie) berstatus suami orang sehingga dirinya teruk dikecam oleh masyarakat, tetapi kata Hanez dia masih menjalani rutin harian seperti biasa.

"Saya masih keluar. Tidaklah sampai mahu berkurung saja di rumah. Kalau tidak, susahlah nak buat kerja. Setakat ini Alhamdulillah, saya selamat dan tak ada apa-apa berlaku. Namun saya ambil langkah berhati-hati. Kalau keluar saya akan pastikan berteman. Romie juga berpesan agar saya tidak keluar berseorangan, demi keselamatan", katanya.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved