ONEXOX
BannerFans.com

Kawasan Carian MH370 Dianjak Berdasarkan "Petunjuk Baharu, Boleh Dipercayai"

on Friday, March 28, 2014

PERTH: Kawasan pencarian pesawat MH370 pada Jumaat dianjakkan ke satu kawasan kira-kira 1,100 kilometer (685 batu) ke timur laut dari lokasi operasi mencari di selatan Lautan Hindi, selepas mendapat "petunjuk baharu, boleh dipercayai", kata pihak berkuasa Australia.

"Maklumat baharu itu berdasarkan analisis yang berterusan dari data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum radar terputus hubungan," kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

"Ia menunjukkan bahawa pesawat itu terbang lebih laju dari yang dianggarkan sebelum ini, yang menandakan terdapat peningkatan dalam penggunaan bahan api dan mengurangkan kemungkinan jarak pesawat itu terbang ke selatan sehingga ke Lautan Hindi."



Nasihat yang baharu itu diperoleh dari pasukan penyiasatan antarabangsa di Malaysia dengan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang menetapkan "bahawa ia merupakan petunjuk paling boleh dipercayai terhadap lokasi berkemungkinan serpihan pesawat akan ditemui".

Kawasan pencarian baharu itu dianggarkan berkeluasan kira-kira 319,000 kilometer persegi, kira-kira 1,850 ke barat Perth.

"ATSB menasihatkan bahawa potensi laluan pesawat itu mungkin disebabkan kajian lebih terperinci apabila pasukan penyiasatan antarabangsa yang membantu pencarian itu meneruskan analisis mereka," kata AMSA, sambil menambah bahawa Australia telah mengubah semula kedudukan satelitnya ke arah lokasi baharu.

Ia diikuti Thailand pada Khamis melaporkan satu imej satelit menunjukkan ratusan objek terapung. Jepun turut mengumumkan analisis satelitnya menunjukkan kira-kira 10 objek terapung di kawasan yang sama.





Kedua-dua negara itu menunjukkan imej kemungkinan dari serpihan pesawat MH370, yang hilang dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Sumber




PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved