ONEXOX
BannerFans.com

MH370: Shila Kekal Disayangi Peminat di China, 'Haters' Sengaja Buat Cerita - Ibu

on Friday, March 28, 2014

Ibu kepada penyanyi Shila Amzah, Fauziah Sarman mengesahkan anaknya berada dalam keadaan baik dan masih menjalani kehidupannya seperti biasa di China, sekarang ini. Bukan seperti yang tersebar di laman internet mengatakan Shila dikecam malah lebih teruk pelantun 'Patah Seribu' itu dikatakan dihalau keluar dari negara tembok besar itu oleh sebilangan masyarakat di sana.

Begitu pun Fauziah tidak menafikan yang anaknya mempunyai pembenci (haters) di sana. Bahkan sejak dari awal, juara 'Asian Wave 2012' itu memulakan karier di sana, Shila menyedari dia mempunyai pengkritik dan pembenci namun menganggap itu adalah lumrah bergelar seorang artis.

"Dia tiada apa-apa. Dia baik-baik saja. Dia jalani rutin seperti biasa di sana. Setiap hari kami berhubung dengan dia. Sekarang (semalam) ni pun dia hadiri 'QQ Music Award' di sana. Kami sekeluarga sedang menonton di kaca TV lah ni.



"Bagi Shila, apa yang tersebar di Internet itu, dia tak ambil pusing. Lagipun biasalah, macam dia di sini juga ada peminat yang tak suka pada dia. Sama lah seperti di sana. Cuma kebetulan sejak berlaku krisis MH370 ni, peminat-peminat di sana yang tidak suka pada dia sengaja ambil kesempatan besar-besarkan isu. Lagipun Shila ada sertai pertandingan realiti 'I Am Singer' di sana, jadi mungkin kepada peminat yang tak suka dia sengaja nak patahkan semangat dia.

"Semalam dia sempat ke pusat membeli belah. Menurut pengurusnya, ramai peminat mengerumuni dia nak bergambar bersama. Kelas Mandarin dia pun terletak di daerah Beijing dan Alhamdulillah dia masih boleh pergi ke kelas tanpa gangguan", kata Fauziah Sarman ketika dihubungi Malaysian Digest.com.

Fauziah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan dia dicemuh teruk oleh Rakyat China. Cemuhan tu dilemparkan menerusi laman sosial nombor satu China, Weibo.com yang mana dipenuhi dengan komen-komen negatif dari peminat yang bukan sahaja menghina dan memaki Shila Amzah malah ada yang cuba menghalau Shila Amzah dari bertanding di dalam program 'I Am Singer'.

Kebencian rakyat China terutama ahli keluarga mangsa kepada Malaysia semakin memuncak selepas pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Laut Hindi pada malam Isnin lalu.

Ekoran itu, berita melaporkan mana-mana rakyat Malaysia yang berada di negara China dipandang serong dan dimaki hamun tidak tentu pasal.

Sementara itu, sebagai ibu sudah semestinya Fauziah berasa risau akan keselematan anaknya. Tetapi apa-apa beliau lega apabila pengurus Shila memaklumkan yang anak gadisnya itu masih kekal disayangi ramai peminat di negara itu. Jika tidak masa kan Shila disambut mesra oleh peminat-peminat setibanya dia di lapangan terbang di sana beberapa hari lalu. Selain itu, baru-baru ini dilantik sebagai duta salah satu jenama perabot terkenal di sana.

"Dia ada balik baru-baru ni melawat datuknya yang sakit. Masa pulang ke sana, ramai peminat sambut dia di lapangan terbang. Itu menunjukkan dia tetap disayangi dan mendapat sokong peminat-peminat di sana.





"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat di Malaysia juga kepada mereka di sini yang tak minat Shila, bila tahu hal dia kononnnya dicemuh, semua mengambil berat terhadapnya. Kepada peminat di Malaysia, jangan risau sebab tiada apa-apa yang berlaku pada Shila di sana. Ayah dia setiap hari hubungi dia bertanyakan khabar lebih-lebih lagi sejak berlaku krisis MH370 ni", katanya yang sentiasa mendoakan keselamatan anak sulungnya itu.

Sumber




PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved