ONEXOX
BannerFans.com

KJ janji sambutan Hari Belia tanpa K-Pop, lebih banyak program agama

on Tuesday, March 4, 2014

BANGI - Ekoran kontroversi yang melanda penganjuran Hari Belia tahun lalu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini 'berikrar' perkara tersebut tidak akan berulang pada penganjuran akan datang.

Menurutnya, penganjuran Hari Belia akan datang akan diisi dengan lebih banyak pengisian ilmu dan program  agama bagi memastikan sambutan tersebut berjaya menjadi satu medan untuk mendidik anak muda ke arah lebih baik.



"Kita dah susun semula pengisian Hari Belia.

"Lebih seimbang dan akan lebih banyak pengisian ilmu dan program agama diadakan.

"...K-Pop dah tidak ada dah, minta maaf kepada semua," katanya ketika membicarakan mengenai bicara tokoh di Persidangan Kepimpinan Belia Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.





Terdahulu, Hari Belia tahun lalu telah mencetuskan kontoversi kerana ramai yang berpendapat bahawa kedatangan penyanyi Korea (K-Pop) ke majlis tersebut dianggap sebagai membazir serta tidak mencerminkan mentaliti sebenar belia negara.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved