Walaupun telah tampil mengadakan sidang media untuk menjelaskan keadaan sebenar, namun pelakon drama Ruby ini bukan sahaja gagal meraih sokongan daripada masyarakat terutamanya peminat malah dikecam, dikutuk dan dicerca.
“Peminat saya kini hanya tinggal dua peratus sahaja. Sedih, namun saya terima apa sahaja cemuhan, kutukan dan cercaan daripada mereka. Saya tidak berdaya nak tutup mulut orang, biarkanlah apa sahaja orang nak kata."
"Saya buat sidang media untuk memberi penjelasan, namun saya tidak menolak sekiranya ada yang kurang pemahaman dalam penjelasan saya itu."
"Bagi orang yang kenal saya, mereka lebih tahu siapa saya. Tapi, bagi yang tak tahu, mereka akan terus menerus menuduh saya dan memandang saya dari sudut negatif sahaja. Namun, dari hujung rambut hingga hujung kaki, saya maafkan mereka."
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment