ONEXOX
BannerFans.com

Masalah mekanikal mungkin punca misteri MH370, kata juruterbang

on Tuesday, March 25, 2014

Ketika penyiasat berusaha menyelesaikan mengapa dan bagaimana MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, seorang juruterbang memberitahu Spiegel Online pesawat Malaysia Airlines itu terhempas kerana masalah mekanikal.

Juruterbang A330, Kapten Bill Palmer, yang menulis “Memahami Air France 447” memberitahu majalah Jerman kerosakan adalah kemungkinan besar menjadi sebab pesawat yang membawa 239 penumpang hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan ke Beijing.

“Tiada bukti keganasan langsung.



“Semua maklumat yang didedahkan secara umum setakat ini konsisten dengan masalah mekanikal,” Palmer dipetik sebagai berkata dalam satu temubual dengan majalah itu, hari ini.





Beliau menggambarkan kehilangan MH370 sebagai misteri terbesar sejak penerbang Amerika, Amelia Earhart hilang pada 1937 di Lautan Pasifik.

Teori rampasan dilakukan kru hingga kepada kargo berbahaya dan masalah mekanikal ditimbulkan sejak Boeing 777-200ER itu hilang 17 hari lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, malam tadi berkata, data satelit menunjukkan pesawat itu terbang ke selatan Lautan Hindi sebelum penerbangannya berakhir.

Serpihan ditemui dalam kawasan kira-kira 2,000 km barat badar Perth, Australia tetapi cuaca buruk menangguhkan kerja mendapatkan objek itu.

Spiegel bertanya kepada Delta Airlines yang berpengalaman jika dua juruterbang Malaysia Airlines, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan Pegawai Pertama Fariq Abd Hamid – adalah wira atau orang yang menggagalkan penerbangan Boeing 777 itu.

“Saya percaya mereka mengalami kerosakan besar dan cuba mengatasinya. Dan mereka tidak berjaya melakukannya,” kata Palmer.

Sumber




PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved