“Apa yang berlaku ini membuktikan betapa kerdilnya kita sebagai manusia. Teknologi terkini pun tidak boleh mengatasi ketentuan Allah apabila tiba waktunya,” kata Mursyidul Am PAS.
“Sebutlah Innalillah… untuk meredakan keresahan jiwa bahawasanya kita adalah milik Allah Taala. Andainya Allah nakkan kita hidup, hiduplah kita dan begitulah sebaliknya.
“Insya-Allah kita berdoa semoga mangsa diampunkan dosa-dosa mereka dan kita juga sewaktu hidup hendaklah sentiasa berdoa semoga kita mati dalam keadaan baik,” kata Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru, hari ini.
TG Nik Abdul Aziz turut mengucap takziah kepada keluarga mangsa MH370.
“Saya turut merasa sedih terhadap khabar baru itu selepas penantian selama 17 hari. Saya berharap keluarga mangsa di seluruh dunia bersabar menerima takdir yang berlaku.”
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment