ONEXOX
BannerFans.com

#MH370: Pendedahan mengejutkan isteri Kapten Zaharie kepada media asing

on Sunday, March 30, 2014

Juruterbang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu sebelum ini mengalami masalah rumah tangga, seperti yang didedahkan oleh keluarganya kepada Daily Mail.

Bercakap kepada media buat kali pertamanya semenjak insiden 8 Mac itu, isteri dan anak perempuan Kapten Zaharie berkata, juruterbang yang berusia 53 tahun itu terganggu sebelum kehilangan pesawat berkenaan.

Menurut Daily Mail:

Kapten Zaharie Ahmad Shah dalam proses ingin menceraikan isterinya. Beliau didakwa enggan menghadiri sesi kaunseling perkahwinan. Beliau banyak menghabiskan masa dengan simulator penerbangannya berbanding dengan keluarga.



Namun, tiada sebarang nota bunuh diri dan motif yang ditemui. Pihak berkuasa masih meneruskan siasatan terhadap latar belakang juruterbang itu.

Isterinya Faizah Khanum Mustafa Khan memberitahu penyiasat bahawa dia telah berhenti bercakap dengan beliau pada minggu-minggu sebelum penerbangan berkenaan dan mengakui dia banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik simulator penerbangannya.

Sementara itu, Aishah Zaharie, 28, anak perempuan juruterbang berkata, dalam perbualan terakhir dengan ayahnya,

“dia bukan ayah yang saya kenali, dia seolah-olah terganggu”

Minggu yang lalu, Faizah dan Aishah bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga yang lain telah disoalsiasat oleh polis.

Walaupun tingkah laku Kapten Zaharie itu tidak seperti biasa, keluarganya tetap yakin bahawa beliau tidak bersalah dalam hal ini.

Faizah Khan pada mulanya enggan menceritakan hal pergolakan rumah tangganya dan dia menolak dakwaan bahawa suaminya terlibat dalam kehilangan pesawat berkenaan.





“Ini tidak adil untuk menyalahkan suami saya!”

Walau bagaimanapun, sepanjang soalsiasat, beliau telah memberitahu polis bahawa Kapten Zaharie menjadi semakin terganggu di bulan-bulan sebelum penerbangan malang berkenaan.

“Saya dapati dia menjadi jauh dan sukar untuk difahami,” katanya.

Walaupun mereka tinggal di rumah yang sama, Zaharie banyak menghabiskan masa bersendirian berbanding dengan keluarga.

Apabila dia tidak bertugas, Zaharie banyak meluangkan masa dengan rakan-rakannya daripada bersama dengan keluarga.

Menurut Aishah pula, ayahnya bukan seperti biasa dan mendapati dia mudah marah.

Aishah mengakui, ayahnya ada bercakap mengenai masalah hubungan dia dengan ibunya dan dia merasakan tiada lagi jalan pendamaian yang boleh dilakukan. Dan ayahnya juga bertanya, bagaimana dia rasa jika ibu dan bapanya bercerai?

Aishah cuba memujuk ayahnya dengan menyarankannya merujuk kepada orang-orang tua yang arif tentang agama dan cuba memperbaiki hubungan mereka tetapi Zaharie menolak saranan tersebut.

Aishah menjelaskan kepada penyiasat dia tidak tahu jika ayahnya mempunyai wanita lain dalam kehidupannya.

Namun, Aishah tetap tidak percaya bahawa ayahnya sengaja dan membahayakan nyawa anak-anak kapal dan penumpang beliau.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 8 comments... read them below or add one }

Unknown said...

Kau komen pelik2 ttg suami awak..
Org yg baca prnyataan tak sangka buruk ke thadap suami awak.? lkurang bijak btullah. ...


March 30, 2014 at 6:12 AM
Anonymous said...

Dah namo pun menjawab siasatan..bkn sengajo..dio kn mmg xdo niat nk ceghito..yg salah..media lah..apasal poie bukak ceghito..


March 30, 2014 at 6:57 AM
Anonymous said...

Hal dlm kain jgn la diheboh2 an..


March 30, 2014 at 8:00 AM
Anonymous said...

Sila rujuk disini.. Keluarganya Menyangkal cerita tersebut. https://www.facebook.com/friendsofcaptainzahariemh370


March 30, 2014 at 8:05 AM
Anonymous said...

baca script kot!!!!!!!!!!!!!!!


March 30, 2014 at 6:28 PM
Anonymous said...

baca script kot?kurang paham


March 31, 2014 at 10:27 AM
Anonymous said...

Allah dh bg kita akal n otak..pakai la...korang percaya tabloid british yg di kontrol org kapir..agak2 la..tgk ahli keluarga dh sangkal..logik thinking..takkan isteri dia n anak.pompuan dia nak ckp mcmtu tentang suami/ayah..fail betul la..tak bijak sungguh


March 31, 2014 at 10:35 AM
Anonymous said...

Komited dgn kerja pon dirasakan pelik. Anak2 dah besar, kalau setakat tak bercakap beberapa minggu tu benda biasa biasa la. Semua org perlu masa utk fokus pada perkara yg dia suka. Media pon nk cari bahan je nk undang prasangka ramai. Artikel sampah!


April 4, 2014 at 2:26 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved