Sebelum ini bekas Mufti Perlis menyuarakan pandangan beliau berkaitan guna bomoh untuk mencari pesawat MH370 yang hilang.
Kali ini Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Ibrahim Mat Zin yang pernah ‘menampar’ mati seekor buaya sebelum ini cuba membantu lagi.
Kelihatan Ibrahim bersama beberapa pengikut dilihat sibuk menjalankan upacara panggil pesawat. Dia juga menafikan dakwaan bahawa beliau menggunakan jampi serapah.
“Saya sendiri tidak tahu di mana pesawat itu berada,” kata Ibrahim bingung. Mungkin kerana teropong buluhnya belum menjadi.
“Tetapi saya sedang cuba sedaya upaya untuk membantu dalam misi pencarian ini. Saya tidak menggunakan jampi. Saya ikhlas dalam hal ini,” tambah beliau dipetik Free Malaysia Today.
Bomoh tersebut dilihat membawa dua biji buah kelapa. Ketika ditanya, jawab beliau, kelapa tersebut bertujuan untuk melepaskan tahanan didalam kapal terbang.
“Simboliknya, dua biji kelapa ini akan dilagakan kerana dapat melepaskan kubu tahanan ghaib,”
“Andainya di udara ataupun di laut dapat ditimbulkan kerana kelapa tidak tenggelam,” ujarnya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment