Perkara itu didedahkan dua pegawai penyiasatnya selepas FBI menyiasat cakera keras dan simulator penerbangan yang diambil dari rumah kedua-dua juruterbang MH370 di Malaysia.
Menurut jurucakap FBI Michael Kortan, buat masa ini biro berkenaan tidak akan berkongsi maklumat kerana siasatan lanjut masih dijalankan.
Walaupun pasukan penyiasat tertumpu kepada juruterbang pesawat MH370, namun tiada bukti menunjukkan bahawa mereka yang terlibat dalam kes kehilangan pesawat MH370.
Seorang bekas pegawai penguatkuasa undang-undang kanan berkata, sekalipun maklumat dari cakera keras milik juruterbang MH370 yang diperolehi FBI mungkin sedikit, namun informasi sedemikian mungkin dapat membantu kerajaan Malaysia dalam merungkai misteri kehilangan MH370.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment