ONEXOX
BannerFans.com

Polis: Panggilan dari kokpit cuma spekulasi

on Friday, March 21, 2014

Laporan yang menyebut bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah membuat panggilan telefon daripada kokpit pesawat MH370 sebelum berlepas pada 8 Mac lalu semata-mata spekulasi.

Diminta mengulas laporan The Sun United Kingdom, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menjawab melalui SMS:



“Semua ini spekulasi”.

Zaharie menjadi tumpuan siasatan bagi menentukan apa yang berlaku kepada pesawat ke Beijing yang membawa 229 penumpang itu.

The Sun melaporkan, penyiasat cuba mengesahkan sama ada juruterbang bercakap sebelum MH370 berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi.





Ekoran itu, simulator juruterbang turut dirampas dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) turut terlibat mendapatkan semula data yang telah dipadam.

Khalid juga berkata, tiada perkembangan baru berhubung perkara itu.

“Belum lagi,” katanya.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved