ONEXOX
BannerFans.com

Sharifah Sakinah Jelaskan Isu Tayang Perut Di Instagram

on Thursday, March 20, 2014

Pelakon dan sesekali pelawak, Sharifah Sakinah yang ditemui ketika sesi bacaan skrip filem terbarunya yang berjudul Pekak di Sri Pentas petang semalam telah menjelaskan beberapa perkara berhubung isu yang mengatakan dia sengaja mendedahkan perutnya di laman Instagram.

“Saya sebenarnya tayang perut bukan secara sengaja. Tujuannya adalah untuk menjadi model kepada peminat-peminat yang menyaksikannya supaya dapat menjadi inspirasi kepada mereka semua untuk lebih semangat menjadi cantik, kurus dan sihat”

“Kalau boleh saya nak mereka dapat perut, otot yang cantik seperti apa yang telah saya pamerkan itu. Saya tak kisah apa orang nak cakap dan apa yang saya lakukan ini adalah positif dan saya nak lihat ramai di antara mereka berjaya dan sihat dan itulah matlamat dan tujuannya yang sama,” katanya panjang lebar.





Sementara itu dia turut memberitahu bahawa program “Sakinah Fitness” akan menjalani fasa yang serius apabila akan berkobolarasi bersama-sama dengan E-Fitness di One Subang, One City Mall di mana akan disasarkan seramai 5000 penyertaan yang akan menjalani program selama 3 bulan.

Dia juga akan menjalankan aktiviti kecergasan selama 52 jam yang akan dijayakannya pada bulan September ini yang dinamakan sebagai Sakinah Fitness Fiesta.

Tidak dinafikan juga bahawa platformnya sebagai artis memudahkannya untuk menarik peminat menyertai program kecergasan ini.

“Saya tidak menafikan bahawa penglibatan saya sebagai seorang artis telah berjaya menarik lebih ramai peminat untuk menyertai program ini selain daripada meningkatkan kesedaran kepada mereka tentang aktiviti yang menyihatkan ini,” tuturnya.





Sharifah Sakinah juga bakal melancarkan produk jenamanya tersendiri tidak lama lagi, Sakinah Skincare yang merupakan produk penjagaan badan bagi mereka yang aktif bersukan.

“Sekarang ini saya masih mencubanya terlebih dahulu sebelum ianya dipasarkan pada penghujung tahun ini untuk memastikan kualiti dan kandungannya,” tambahnya lagi.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Nanti bila malaikat tanya kenapa tak tutup aurat dan bangga share satu dunia jangan lupa beri jawapan yang sama kot-kot alasan tu lebih bernas dari nas Al Quran dan hadis.


March 21, 2014 at 10:27 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved