ONEXOX
BannerFans.com

Surat 'AMARAN' khas buat Penjawat Awam jalankan Perniagaan Internet!

on Friday, March 28, 2014

Penjawat awam merupakan golongan yang turut terkena tempias dengan kenaikan kos sara hidup. Justeru, ramai yang mengambil inisiatif menjalankan perniagaan sampingan secara atas talian seperti menjual produk kesihatan, kecantikan dan pakaian.

Walaubagaimanapun, sebagai seorang kakitangan awam yang bekerja dibawah kerajaan, tugas hakiki tidak boleh diabai dan perlu dijalankan dengan penuh tanggungjawab.

Mungkin disebabkan menyedari semakin ramai penjawat awam alpha dengan tugas masing-masing, satu surat khas bertarikh 6 March 2014 telah dihantar oleh JPA kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk memantau pegawai/staff awam yang menjalankan perniagaan atas talian. Berikut adalah isi surat berkenaan:



PEMANTAUAN KE ATAS PEGAWAI AWAM YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN DALAM TALIAN

2. Tanggungjawab pegawai awam dalam memelihara integriti perkhidmatan awam semasa menggunakan kemudahan media sosial di internet. Berdasarkan pemerhatian, jabatan ini mendapati terdapat pegawai awam menggunakan media sosial untuk menjalankan pernaigaan sama ada penjualan produk atau perkhidmatan termasuk pada waktu pejabat. Keadaan ini boleh menimbulkan pelbagai persepsi dan boleh menjejaskan imej pegawai awam dan Kerajaan.

3. Pada dasarnya, pegawai awam yang terlibat dengan perniagaan melalui media sosial atau dalam talian adalah disifatkan melakukan pekerjaan luar. Di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, mana-mana pegawai awam yang bercadang untuk melakukan pekerjaan luar hendaklah dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatannya.

Kepada penjawat awam yang mahu dan sedang menjalankan perniagaan atas talian, pastikan anda mengambil langkah mendapatkan kebenaran bertulis seperti arahan KPPA diatas!

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 7 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Kita ssh dia org nak tanggung ker? Menjlnkan bisnes via internet x ler sampai jejas tgs hakiki...


March 28, 2014 at 10:19 PM
Anonymous said...

Ye betul tu


March 29, 2014 at 7:18 AM
Anonymous said...

mmg dorg tanggung pun...dan yg akan kene jawab bila korg cuai n leka..


March 29, 2014 at 11:47 AM
Anonymous said...

Bab integriti ni byk lgi aspek yg pihk pgrsn ttp mata terutama yg mlbtkn pihk atasan tp benda yg secuit ni gak yg sibuk nk control


March 29, 2014 at 4:45 PM
Norieta Rahman said...

Amik rasuah tu keje luar gak...kenape yg tu x pulak kuar surat mcm ni...huhuhu....


March 29, 2014 at 7:31 PM
Anonymous said...

PM kite pernah bg cadangan 1 rumah 1 perniagaan. Tak salah kalau buat biz. Cuma kene waktu yg tepat. Lepas waktu pejabat atau waktu hujung minggu.


March 31, 2014 at 7:11 AM
Anonymous said...

kalau korang tak nak kerja kerajaan dan minat berniaga baik korang berhenti kerja...ramai lagi org nak kerja dgn jabatan kerajaan...itu pun tak faham ..puihhhh...


March 31, 2014 at 11:54 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved