Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.
Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.
Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……
Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.
Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..
Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.
Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.
Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.
“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”
Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.
Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.
Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.
Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.
Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. – USTAZ DARUL MANZIL
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 15 comments... read them below or add one }
😩😩😩 bodoh!!
March 25, 2014 at 6:49 AM
Mimpi buruk tidak dgalakkan untuk diceritakan kerana ia tidak mendatangkan faedah. Seorang ustaz sepatutnya lebih tahu.
March 25, 2014 at 7:04 AM
Org dh jumpa, mcm la ceritanya
March 25, 2014 at 7:30 AM
aku sokong..nie konspirasi....teknologu beb...drone pun dorang boleh handle..only US..utk yang tak tahu or tak update pasal teknology military kuasa besar..bnyakkan membaca.....alfatihah kepada mangsa...
March 25, 2014 at 9:25 AM
Ni nak promote...dan bagitaula..yg dia ni..boleh berubat..ambik kesempatan la ustaz..sory la..
March 25, 2014 at 9:26 AM
Ustat ni kena ghout mindanya.
March 25, 2014 at 9:27 AM
mgkn kpl kecik itu malaikat maut.....
March 25, 2014 at 5:14 PM
Mgkin benar, konspirasi kuasa besar. Mas jd mgsa dn kerajaan malaysia jd scape goat.
March 25, 2014 at 5:27 PM
Mimpi hanya mainan tidur..
March 25, 2014 at 8:46 PM
Cite mimpi ustaz nie di share pada 21 Mac.. sblm DSN umumkan di tv pada 24HB.. Benar mimpi hanya mainan tidur.. tp bagaimana pula dgn mohon petunjuk yang kita dpt dlm mimpi setelah solat istikharah??adakah ianya permainan juga?? Tidur yang diawali dengan doa.. in sha Allah xkan diganggu syaitan.. cuba berfikir ikut otak.. jgn ikut perasan. Cukup ke amal kita nak kata ulama or org yg ada ilmu agama yg bukan2.. baca dan diam jika x suka..berdosa bila kita berburuk sangka pada orang.. nauzubillah..
March 25, 2014 at 8:57 PM
Agree with you, jue rayhan.
March 25, 2014 at 11:35 PM
Ustaz ni byk tgk cerita katum....sebab tu jadi mcm tu....mcm ank aku yang umur 5thn....yang dia tahu betul3....
March 26, 2014 at 12:40 AM
yang mana komen tanpa usul periksa,yg jahil bab agama,elok xyah komen la..
tengokla tarikh kejadian mimpi tu bila..
najib umumkan bila..
ade otak fikir,jgn jd bodoh..
org yg dekat dengan Allah S.W.T je yg akan dapat gambaran mcmtu..
yg jahil???tu la org yg pandai mengutuk,komen bukan2..mcm x percaya kejadian yg Allah gambarkan
March 26, 2014 at 3:59 AM
Berdoa sebelum tidur dan memohon kpd Allah SWT.. insyallah allah akan memakbulkan doa kita..
Memang mimpi mainan tidur.. tpi ada juga mimpi menjdi kenyataan..
saya punyai anak perempuan umur skrg 13thn.. ank jarang bermimpi ke ketika tidur.. tpi sekali sekala dia bermimpi.. pda satu hari..apa sja yg d mimpikan nya,semua jdi realiti. Ank sya tnya sua dan saya jawab itu adalah kelebihan yg Allah SWT beri kpd dia.. susah nak dpt mimpi jdi realiti..
kita n sbgi umat islam...harus dan wajib percaya, segala nya d tentukan oleh Allah SWT.. tiada yg mustahil dam pelik.. jika allah menginginkan.. dia akan lakukan..
Bnyk2 lah kita mendoakan mereka yg berada d dlm Kapal MH370..semoga mereka.d lindungi oleh Allaj SWT.
izzah Brunei
March 26, 2014 at 7:47 AM
insya allah ada kebenarannya...jgn terburu2 buat tohmahan...assalamualaikum saudara2ku yg benar2 memahami ajaran agama
March 26, 2014 at 7:59 PM
Post a Comment