ONEXOX
BannerFans.com

Bukti Serpihan Pesawat MH370 Akan Ditemui Di Tepi Pantai

on Friday, April 4, 2014

PERTH – Bukti pertama sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) terhempas di Lautan Hindi mungkin dijumpai apabila serpihan pesawat itu hanyut ke pantai dalam tempoh beberapa minggu lalu, menurut laporan akhbar South China Morning Post semalam.

Pakar-pakar Oseanografi berkata, arus dan tiupan angin kemungkinan menghanyutkan serpihan pesawat MH370 yang terapung di kawasan pantai di barat Australia.

Seorang pakar Oseanografi, Dr. Alec Duncan dari Universiti Curtin di sini berkata, angin yang bertiup akan menolak serpihan ke bahagian barat tetapi ia mungkin mengambil masa beberapa bulan kerana kawasan carian terletak jauh dari daratan.

Katanya, terdapat kemungkinan serpihan pesawat itu dihanyutkan ke kawasan pulau yang terdapat di Lautan Hindi.



Seorang lagi pakar, Erik van Sebille berkata, sekiranya pesawat itu terhempas berhampiran Australia terdapat peluang cerah ada serpihan yang akan dihanyutkan ke pantai.

Satu model janaan komputer yang dicipta Sebille yang menjejaki sampah lautan adalah berdasarkan data sebelum ini yang mencadangkan sesuatu yang terapung kira-kira 1,800 kilometer dari Australia mengambil masa selama enam bulan untuk sampai ke darat.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran kemungkinan sukar untuk mengenal pasti sesuatu serpihan kerana ia sudah lusuh akibat terlalu lama di laut.

“Terlalu banyak sampah di lautan dan jika anda menyiasat setiap objek yang hanyut ke pantai peluang untuk menemui serpihan itu agak tipis,” katanya.

Pesawat MH370 dipercayai berakhir di Lautan Hindi ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.

Ia membawa 227 penumpang dan 12 kru.

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved