Oleh kerana beliau mengkritik kepimpinan PM ada pihak yang ingin memburukkan beliau dengan menggunakan laman depan akhbar Sinar Harian dan mengubah suai dengan memasukkan gambar beliau dengan tajuk ‘Apa lagi yang Khadir Jasin mahu?’
Gambar tersebut mula dimuat turun di FB dan mula tersebar dalam kalangan keluarga dan kenalannya, kata Kadir.
“Saya difahamkan gambar muka depan akhbar Sinar Harian tersebut ialah dari akhbar cetakan tiga atau empat hari lalu.
“Gambar tersebut mula tersebar di laman Facebook, ramai mula menghubungi saya untuk mengetahui kesahihan tentang muka depan Sinar Harian,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu dan hanya menyedari tentang penyebaran gambar tersebut melalui maklum balas rakan-rakan serta keluarga.
Bagi beliau, ianya satu tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak yang mempunyai niat buruk.
“Ini satu perbuatan yang boleh memburukkan imej Sinar Harian dan juga diri saya sendiri, sehingga kini saya masih cuba cari individu atau pihak yang mengubah suai dan menyebarkan gambar tersebut,” katanya lagi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment