ONEXOX
BannerFans.com

Elaun kerja lebih masa Klinik 1Malaysia RM1.39 juta

on Monday, April 7, 2014

KUALA LUMPUR - Kekurangan penjawat tetap di Klinik 1Malaysia (K1M) mengakibatkan bayaran elaun lebih masa berjumlah RM1.39 juta dicatatkan untuk tempoh 2011 hingga 2013.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat di sini hari ini, bayaran elaun lebih masa untuk petugas K1M bagi tahun 2013 berjumlah RM579,320; RM631,280 (2012) dan RM179,754 bagi tahun 2011.

Kekurangan tersebut menyebabkan petugas daripada Klinik Kesihatan atau klinik induk dan Pejabat Kesihatan Daerah/Bahagian berdekatan dipinjamkan ke K1M berkaitan dan terpaksa bertugas lebih masa.

Selain itu, laporan itu menyebut petugas yang terpaksa bekerja lebih masa boleh mengakibatkan keletihan dan terdedah kepada kecuaian perubatan.



Justeru, laporan itu mengesyorkan kepada Kementerian Kesihatan  supaya segera mengisi jawatan tetap bagi K1M agar dapat mengurangkan beban kerja serta meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan K1M.

Sementara itu maklum balas Kementerian Kesihatan yang turut dimuat dalam laporan audit yang sama menyebut sehingga 20 Feb lepas, pihak kementerian telah mengisi 508 jawatan jururawat di 254 buah K1M.

Bagi jawatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan dan Kesihatan, 444 perjawatan telah diisi manakala 64 lagi perjawatan telah diberi dalam Anggaran Belanja Mengurus 2014.

Laporan itu juga mengesyorkan supaya penempatan K1M adalah berpandukan kriteria yang ditetapkan iaitu di kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi dan akses kenderaan yang mudah.

Ini kerana, K1M Pulau Tuba di Langkawi mencatatkan kedatangan pesakit yang rendah, iaitu purata hanya lapan orang sehari pada tahun lalu, dan terdapat sebuah klinik desa dalam jarak dua kilometer.





Selain itu, laporan itu juga menyentuh kelewatan memuktamadkan perjanjian sewaan premis untuk lima K1M di Sarawak iaitu di Padawan; Matang Jaya; Bintawa; Senadin dan Samarindah di antara 12 hingga 26 bulan walaupun semua klinik itu telah beroperasi dan sewa dibayar.

Kementerian Kesihatan menjelaskan bahawa masalah itu berlaku kerana terdapat pemilik bangunan enggan menggunakan perjanjian seragam yang disediakan Peguam Negara dan kementerian akan berusaha bekerjasama dengan pemilik bangunan untuk mempercepatkan urusan memuktamadkan perjanjian itu.

Sumber




PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved