Terbaru, desas-desus masalah rumahtangga pasangan selebriti ini kembali menjadi perhatian peminat apabila beberapa keping gambar Fiza dengan suaminya, Adam telah telah dipadam di akaun Instagram miliknya.
Perkara ini menyebabkan segelintir pengikut Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim semakin yakin dengan dakwaan tidak berasas itu. Mungkin kerana sudah letih terus-menerus dihentam peminat, Fiza tampil menjawab tuduhan mereka yang berbunyi berikut :-
"Ada beberapa keping gambar kami bersama di Instagram saya, tetapi mungkin orang tidak perasaan. Saya letih dengan kerenah masyarakat yang gemar membuat telahan tanpa memikirkan perasaan keluarga kami. Hubungan saya dan Adam tiada masalah. Cuba doakan agar jodoh kami panjang, bukannya memikirkan perkara sebaliknya."
Pada penulis, salah faham atau pergaduhan dalam sesbuah rumahtangga itu memang sudah menjadi lumrah dan bukan satu perkara luar biasa. Yang penting kena sentiasa berbincang, bermaafan dan berkomunikasi. Buat Adam dan Fiza, pedulikanlah kata-kata orang lain. Yang penting anda tahu situasi sebenar perkahwinan anda.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment