Email Risikan USA Yang Digodam Dedah MH370 Kerja Amerika ?
Dakwa sebuah blog tersebut :
Alhamdulillah, kebenaran sudah makin hampir didedahkan. Sesungguhnya ALLAH SWT itu Maha Berkuasa dan Maha Menyayangi kita umat Bani Jawi dan umat Islam di Tanah Melayu kita sekarang ini.
Berita di bawah ini sama ada benar atau tak adalah suatu yang menyakitkan hati.
Sumber dari emel perisikan Amerika Syarikat yang telah digodam menunjukkan bahawa Amerika Syarikat sekarang secara aktif terlibat dalam merancang serangan terorisma yang sedang berlaku keatas fasiliti ketenteraan di Ukraine untuk mengkambing hitamkan Russia sendiri dengan menggunakan pesawat komersil yang telah dirampas dan kemudiannya diubahsuai menjadi pesawat “peluru berpandu”. dakwanya
Oleh yang demikian nampaknya, pihak Amerika Syarikat sedang menggunakan senjata “serampang dua mata” di mana ia dapat melaksanakan bukan dua, malah tiga agenda serentak
1. Menghuru harakan keadaan yang tegang di Ukraine dengan Rusia
2. Mencipta hura-hara di Malaysia di atas nama “Peperangan keatas Terorisma” yang kononnya melibatkan teroris Al Qaeda.
3. Mengeruhkan hubungan 2 hala antara Malaysia dengan China
Namun pada masa yang sama juga, keselamatan penumpang dan krew pesawat tidaklah boleh dipastikan sama ada hidup ataupun tidak
Mungkin ia digunakan sebagai tebusan ke atas Kerajaan Malaysia juga.
Sekarang tiada siapa boleh mempertikaikan dakwaan-dakwaan akan wujudnya konspirasi besar-besaran yang dirancang oleh pihak Amerika Syarikat dan sekutu-sekutu baratnya, antara sekutu baiknya yang lain dan tidak bukan Israel Laknat ini. khususnya keatas Malaysia.
Setakat ini masih belum ada masa lagi untuk menterjemahkan kandungan asal naratif emel tersebut dakwa Gordon Duff. Kalau ada di antara saudara-saudari sekalian yang boleh membantu untuk melengkapkan, bantuan anda amatlah dihargai.
SUMBER: Gordon Duff, Senior Editor http://www.veteranstoday.com/
Nota : Admin pun tak tahu nak komen apa. Tetapi tanda-tanda mungkin pun adakan. urmm. Sedihlah. Apa pun jalan terbaik kita berdoa lah kepada Allah yang lebih mengetahui.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment