ONEXOX
BannerFans.com

Ketua IT bank habiskan RM10.8 juta duit curi langgan pɵlacur

on Tuesday, April 1, 2014

Habiskan RM10.8 juta duit curi dengan langgan pɵlacur. Itulah yang berlaku kepada seorang pekerja bank yang sudah berkahwin di London, mencuri lebih 2 juta pound (RM10.8 juta) dari Barclays serta membelanjakannya untuk pelacur dipenjara selama tujuh tahun.

John Skermer, 45, membuka akaun bank palsu dengan overdraf 1 juta pound (RM5.4 juta), sebelum menyalurkan wang terbabit ke dalam akaun peribadinya.

Kesemua wang terbabit dibelanjakan untuk melanggan pɵlacur, malah berhabis sebanyak 1 juta pound untuk seorang pɵlacur saja.



Beliau menghabiskan masa beberapa bulan bersama wanita Thailand, Kookai, dengan makan angin ke London dari Cheshire dan menginap di hotel mewah serta makan di restoran terkemuka.

Sepanjang tempoh itu, isteri Skermer, Tracym 33, yang dikahwininya selama 10 tahun serta mempunyai dua anak tidak mengetahui identiti suaminya itu.

Beliau membohongi isteri dan keluarganya dengan mengatakannya terpaksa bekerja luar untuk membantu polis menyiasat kes penipuan.

Jawatannya sebagai ketua keselamatan teknologi maklumat (IT) membolehkannya mencuri sejumlah 2.1 juta pound dari bank tanpa dapat dikesan sepanjang lima tahun. Tetapi penipuan terbabit akhirnya terbongkar apabila kemas kini keselamatan di bank terbabit mengesan akaun palsu.





Ketika diminta menyiasat perkara itu, beliau akhirnya membuat pengakuan.

Skermer turut membelanjakan sejumlah wang untuk percutian golf mewah, tiket menyaksikan perlawanan Manchester United dan sebuah kereta pacuan empat roda berharga 35,000 pound (RM190,000), lapor Berita Harian yang memetik laporan Agensi.

Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved