ONEXOX
BannerFans.com

Pengarah Titanic jelaskan proses mencari MH370

on Monday, April 14, 2014

Sekiranya  isyarat ping yang diterima sah dari kotak hitam pesawat MH370 yang hilang, beberapa peralatan yang boleh beroperasi sehingga kedalaman laut sekitar 4000 sehingga 5000 meter akan digunakan, kata Pengarah filem terkenal James Cameron.

Cameron berkata demikian, menerangkan (cara beliau) bagaimana mencari pesawat MH370. Ia bagi menjawab salah satu soalan yang diajukan kepadanya di laman web Reddit Ask Me Anything (AMA).

Sekiranya isyarat sah dari kotak hitam pesawat, maka pasukan pencarian perlu melancarkan apa yang dipanggil ‘searching box’ atau kawasan pencarian.



“Langkah seterusnya adalah dengan menggunakan kenderaan dasar laut dalam (AUV) untuk pergi sehingga 400 atau 500 kaki dari dasar laut, dan lakukan ‘pengimbasan sonar’ ke atas dasar laut tersebut” katanya dipetik Astro Awani.

Proses pengimbasan akan mengambil masa berhari-hari atau berminggu-minggu, dan kemudian analisis akan mula dilakukan, kata Cameron lagi.

“Analisis akan dibuat ke atas apa sahaja penemuan ganjil yang ditemui di dasar laut, seperti sesuatu yang tidak rata berkemungkinan batu, geologi, atau serpihan pesawat.

“Setelah ada sasaran yang telah dikenalpasti dan tahu kedudukannya di dasar laut, kenderaan akan naik semula ke permukaan laut dan menurunkan sebuah kenderaan kawalan jauh (ROV) ke kawasan disasarkan”  tambahnya lagi.

ROV akan diturunkan dengan kabelnya diikat di kapal dan kamera video digunakan bersama dalam merakam imej.

“Anda akan dapat melihat dengan jelas menggunakan kamera video dan seterusnya  mengenalpasti sama ada sasaran adalah pesawat yang dicari.

“Begitulah cara bagaimana mencari pesawat MH370” terangnya yang juga penerbit, penulis filem Avatar, Titanic, Terminators 1 dan 2, dan Aliens juga merupakan seorang peneroka laut dalam dan pecinta alam sekitar.





Kesemua langkah ini bergantung kepada sekiranya isyarat ping tersebut sememangnya datang dari kotak hitam pesawat dan bukan dari sumber lain.

Sumber




PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved