ONEXOX
BannerFans.com

Penuntut ‘Stress’ Lompat Masuk Dalam Kandang Harimau!

on Thursday, April 3, 2014



Bila mabuk dan mengalami tekanan perasaan hingga hilang kawalan diri, manusia boleh membuat tindakan yang membahayakan nyawa sendiri.

Itulah yang berlaku terhadap penuntut tahun tiga jurusan elektonik dan komunikasi sebuah kolej di Indore, India yang tiba-tiba memanjat pagar setinggi 20 kaki lalu melompat masuk ke dalam kandang harimau di sebuah zoo.

Tindakan yang dilakukan pada tengah hari Isnin lalu membuatkan pelawat Zoo Gwalior menjerit menyuruh dia segera keluar namun Yashonandan Kaushik,23, bukan sahaja tidak mengendahkannya malah membuka baju lalu mencabar harimau supaya berlawan dengannya.



Mujurlah, tindakan gila itu membuat dua ekor harimau bernama Lav dan Kush, kelihatan takut dan melarikan diri dengan memasuki lubang.

Yashonandan yang dipercayai mabuk, turut melakukan perangai pelik termasuk menari dan beraksi seperti sedang melakukan yoga selama 45 minit hinggalah pegawai keselamatan tiba lalu mengunci harimau di dalam tempatnya dan membawa Yashonandan keluar untuk mengelak kejadian tidak diingini.

Difahamkan, Yashonandan sudah lima hari tidak pulang ke rumah dan mengalami masalah mental kerana tekanan dalam pelajaran.





Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved