Norita Salamah binti Zaman ditahan di pejabatnya yang terletak di Tingkat Bawah, Bangunan Urusetia Daerah Beaufort setelah seorang anggota polis trafik wanita membuat laporan polis baru-baru ini.
Menurut laporan sebuah blog, tindakan Norita menghina polis trafik di facebook berpunca daripada rasa tidak puas hatinya dengan saman yang dikeluarkan polis trafik atas kesalahan memotong melebihi had laju 90km/j yang ditetapkan di Jalan Bongawan.
Kata Norita, penetapan had laju 90km/j di jalan berkenaan yang mempunyai tiga lorong adalah tidak logik kerana had laju tersebut menyukarkan pemandu di lorong memotong untuk over-take kenderaan lain. Ekoran itu, gadis berkenaan bertindak memaki hamun polis trafik dengan kata-kata kesat di facebook pada 17 Mac lalu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment