ONEXOX
BannerFans.com

Sebab sebenar Rozita Che Wan enggan pakai gaun seksi

on Monday, April 7, 2014

Umum mengetahui, pelakon dan pengacara Rozita Che Wan memang terkenal dengan penampilannya yang cenderung memakai gaun-gaun mengikut bentuk badan bagi mengekalkan kecantikan dan mengesan sebarang tanda-tanda kegemukan.

Bagaimanapun, dengan usia kandungan Cik Ta yang kini sudah mencecah 10 minggu, berat badannya sudah bertambah sebanyak empat kilogram. Sebab itu, beliau mengambil keputusan untuk tidak lagi memakai gaun dan baju yang mengikut bentuk badan tetapi semakin selesa mengenakan pakaian longgar.

“Saya sendiri terkejut berat badan naik dengan mendadak. Selera makan semakin bertambah dan saya sekarang sangat suka makan nasi daripada makanan Barat."

“Buat masa ini berat badan saya 54 kilogram. Jadi, saya sudah mula tinggalkan baju yang mengikut badan, sebaliknya pakai baju yang longgar dan selesa.”



Ditanya tentang perubahan bentuk badan yang bakal dialami, Cik Ta memberitahu tidak kisah dengan perkara tersebut termasuk pertambahan berat badan. Baginya, sudah menjadi lumrah bagi wanita yang mengandung berhadapan dengan perubahan.

“Memang saya mengaku saya seorang yang sangat mementingkan kecantikan tetapi apabila hamil, banyak perkara yang berubah terutama bentuk badan."

“Saya sudah bersedia dan tidak kisah dengan perubahan itu. Bagi saya, kehamilan dan perubahan badan sesuatu yang dilalui oleh setiap wanita. Paling penting selepas bersalin, saya akan menjaga pemakanan sebaik mungkin."

Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved