ONEXOX
BannerFans.com

Tentera Siber Pakatan Rakyat dibayar RM3,000 sebulan?.. Wah! kaya lah depa...

on Wednesday, April 2, 2014

Seramai 800 Red Bean Army didakwa menerima bayaran lumayan sehingga RM3,000 sebulan untuk memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai provokasi.

Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin, Ramesh Rao mendakwa beliau mempunyai senarai nama 'tentera siber' pembangkang yang dipercayai dibiayai oleh 20 syarikat besar di dua buah negeri Pakatan Rakyat.



“Di Selangor dan Wilayah Persekutuan sahaja kita dapat senarai nama RBA hampir 800 orang secara fizikal dalam tujuh kategori pekerjaan itu iaitu pekerja bank, pemandu teksi, peniaga kedai runcit makanan, doktor perubatan pensyarah kolej swasta, mekanik motokar dan menakutkan kaum Cina.

“Saya sudah ada nama syarikat pembayar RBA, siapa yang bayar elaun pun saya ada, syarikat mana yang diarah, syarikat mana yang diminta dibayar kerana dokumen itu diberi oleh pucuk pimpinan tertinggi DAP sendiri, kesemuanya hampir 20 syarikat besar yang dapat projek-projek besar di Selangor dan Pulau Pinang,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut aktiviti provokasi yang dicetuskan oleh tentera siber pro pembangkang yang sengaja mencetuskan kebencian dalam kalangan orang awam terhadap kerajaan BN yang dikesan sejak 2006 lagi.

Pergerakan RBA dikesan pada 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menggalas jawatan perdana menteri susulan berlaku kenaikan harga barangan termasuklah kenaikan bahan api petrol dan diesel pada waktu itu.

Namun kegiatan mereka kini didakwa lari daripada perjuangan asal dan kini mula bergerak secara fizikal menerusi tujuh pekerjaan tersebut sehingga 70 peratus berbanding 30 peratus menerusi media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Tambahnya, syarikat pembiaya aktiviti provokasi tersebut dibayar secara tunai dan tidak menggunakan akaun bank bagi mengelakkan kegiatan tersebut dihidu pihak berkuasa.

Dakwanya tentera siber tersebut menyasarkan lima negeri sebagai kawasan utama untuk mencetuskan provokasi berterusan termasuklah Johor, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan keutamaan mereka.

“Mereka menyasarkan sehingga 10 juta orang awam menjelang PRU14 dan mereka akan menyebarkan taktik kotor ini dengan menghantar 10 mesej kepada setiap orang awam dan meningkat secara berperingkat-peringkat,” dakwanya lagi ~ Sinar Harian





Huih!! RM3000 sebulan??.. banyak tu.. Ada sesiapa tahu tak kat mana boleh mendaftar sebagai 'Red Bean Army' tu?

RM3,000 x 800 = RM2,400,000.00 sebulan..

RM2,400,000 x 12 = RM28,000,00 setahun

RM28,000,000 setahun dibahagikan pula dengan 20 syarikat = RM1,440,000

Ada ke syarikat yang sanggup mengeluarkan dari keuntungan mereka sebanyak RM1,440,000 setiap tahun?

Kalau adapun tentu mereka peroleh projek yang nilainya beratus juta RM dari Kerajaan Negeri PR tu..

Tapi ada ke kerajaan negeri PR jalankan projek yang nilainya beratus juta RM tu?

Apa kata Kit Siang mengenai Red Bean Army yang entah siapa menganggotainya ni tah..

"Seperti yang pernah saya sebutkan, semua ini adalah cerita dongeng moden yang tidak punyai satu pun kebenaran," tegasnya.

Beliau menambah, 'kegilaan' terhadap dongeng RBA DAP itu berkait dengan agenda sulit yang membabitkan para pemimpin tertinggi Umno untuk menghalalkan peruntukan sebanyak RM350 juta bagi lima tahun untuk memerangi RBA yang tidak wujud dan hanyalah rekaan semata-mata.

"Utusan menghidupkan semula dongeng ini kerana laba dan wang. Ia jelas merupakan usaha terdesak askar upahan Umno supaya mereka tidak diketepikan dari mendapat dana perang siber Umno yang jumlahnya mencecah ratusan juta ringgit.

"Untuk rancangan baru ini, tidak banyak ruang dibuka kepada askar upahan Umno yang dulu, khususnya kalangan yang telah mengumpul kekayaan dengan menyebarkan dongeng RBA DAP. Atas sebab inilah pengarang-pengarang Utusan yang sentiasa menganggap diri mereka sebagai penaung askar siber upahan Umno melancarkan semula dongeng RBA DAP sebagai usaha terakhir mereka untuk kekal relevan dalam rancangan perang siber Umno/BN yang baru," jelas Kit Siang.


Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved