Penulis sendiri pernah menyewa di salah sebuah blok di kediaman tersebut kira-kira dua tahun lalu, namun tidak pernah melalui sebarang pengalaman yang menakutkan.
Menerusi laman Ping.Busuk, suara aneh itu didengari beberapa kali selepas pukul 11 malam dan kebimbangan itu turut dikongsikan melalui Facebook komuniti penduduk di situ.
Berikut merupakan ‘screenshot’ penduduk yang mengadu mengenai perkara itu:
Berdasarkan perbincangan forum di ‘Cari.com‘, beberapa individu telah berkongsi mengenai cerita misteri di Flora Damansara.
Antaranya:
1. “Member satu ofis ramai duk Flora Damansara. Al kisahnya ada semua unit rumah sana adalah laluan orang bunian. x pernah ada yg lama menyewa sana, kadar sewa pun murah. Citanya gini. kat rumah tu, area ruang tamu nya adalah laluan bunian. imagine la, time tgk tv bleh tengok ada orang lalu lalang kat depan, then tembus dinding. Ada sapa2 yg tahu rumah mana satu? aku x tanya plak kawan aku tapi mmg betul2 ada sebab ada geng satu ofis duk situ kejap je, terus pindah lain.”
2. “sesiapa sini yang tau ttg kisah hantu di kawasa perumahan flora Damansara? tapak ni bekas kubur orang asli..mula2 pindah dulu 2 malam berturut2 jumpa rambut panjang berbelit kat pokok kaktus dlm rumah..padahal kami rambut pendek je..huhuhu.”
3. “flora damansara… opismate dulu ada stay situ… mlm mlm dgr la, makhluk tu main tarik tin atas awning tingkap… bunyi tin dengan zink awning… last last pindah gi kota damansara…”
Sejauh mana kebenarannya, hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui sama ada betul atau tidak cerita-cerita ini.
Apa pun, janganlah membiarkan ketakutan itu menguasai diri sehingga kita merasakan bahawa makhluk lain lebih berkuasa dari-Nya.
Wallahu a’lam…
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment